Gambar:Kredit terbako.com
Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng Wilayah Sikka telah melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.
Bayi ini diberi nama Maria Oktaviani. Namun yang menyedihkan ia telah meninggal dunia selepas 8 jam dilahirkan.
Maria berkata, Maria Oktaviani tidak dapat diselamatkan kerana menghadapi masalah jangkitan dan kompilasi di bahagian paru-paru.
Usaha untuk menyelamatkan bayi istimewa ini tidak kesampaian kerana jarak antara rumah Maria dan hospital terlalu jauh, dan terpaksa menggunakan jalan darat dan sungai.
Maria menjelaskan, semasa mengandungkan Oktviani 3 bulan, Maria bermimpi didatangi seekor ikan duyung ketika mandi di laut. Dalam mimpi itu ikan duyung berkenaan meminta Maria mengikut perintahnya dan berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki. Bagaimanapun Maria mesti mematuhi beberapa syarat. Syarat pertama, anak itu harus dinamakan Puteri Duyung. Maria tidak mahu nama itu kerana akan merosakkan nama keturunannya.
Ah tak sanggup pula nak melanjutkan cerita ini, kerana ia penuh dengan tahyul. Lagi pun ia hanya mimpi. Tetapi bayi ini benar-benar ada dan telah kembali kepada Allah. Nak tahu bacalah Mingguan Warta Perdana Bilangan 1163 bertarikh 1 April 2012.
4 ulasan:
itu sudah ditentukan Allah, tapi untuk percaya tentang mimpi..akan merosakkan akidah kita pulak kan?
Ada mimpi yang baik, ada pula mimpi ciptaan iblis. Misalnya jin yg menyerupai org alim, dan sebagainya yg mengajak kpd syirik.
lapan jam selepas melahirkan dah meninggal,tgok pada gambar..besar saiznya.
kdang2 ape yg kita mimpi itu jdi knyataan..kita bleh percya mimpi tpi jgn 100%....walahualam...
Catat Ulasan