Khamis, 12 April 2012

SEHARI PENUH AGENDA

Assalamualaikum pembuka bicara, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih dapat lagi bernafas lagi pada saat ini. Alhamdulillah kita semua dalam keadaan selamat dan dilindungi. Baru beberapa jam tadi, kita semua diselubungi perasaan takut, cemas dan bimbang akan berlaku petaka Tsunami 2004 berulang pada hari yang penuh indah ini. Sesungguhnya semua ini adalah milik Allah, dan kita hanya menumpang saja di atas muka bumi ini. Segala yang berlaku merupakan peringatan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT.
 Gambar ini ialah KFC Cawangan Parit Raja. Apabila ada bangunan KFC di sesuatu tempat itu, menunjukkan kawasan itu sudah maju dengan pelbagai prasarana. Di sini ada universiti, gedung perniagaan dan kilang tersohor. 

AGENDA AKU HARI INI, SEMPENA CUTI UMUM:
  • Jam 6.45 pagi: Melilau di Pekan Pt Sulong mencari nasi lemak untuk sarapan pagi ini. Hamidah cuti memasak hari ini.
  • Jam 7.00 pagi: Membantu mengemas rumah, menyusun surat khabar,   majalah dan memasukkannya ke dalam kotak untuk dihantar ke kedai Kitar Semula. Kemudian, aku mengerahkan anak-anak supaya mengemas bilik masing-masing.
  • Jam 9.00 pagi membuka Facebook, komen apa-apa yang patut, like sana, like sini. Buka Blog, cuma jadi silent readers sahaja, kalau ada nama Parit Sulong tu kat blog kalian, AKUlah tu orangnya. Kadang-kadang nak komen tak tau nak cakap apa, sejak akhir-akhir ni aku agak ketandusan idea sikit.
  • Jam 10.00 pagi: Bertolak ke Parit Raja untuk menziarahi ibu mertua. Tiba di Parit Raja, anak-anak dan isteri masuk ke kedai-kedai yang mereka suka. Adalah kedai jual alat-alat permainan, pakaian dan sebagainya. Ketika itulah aku ke hadapan KFC itu untuk menghubungi prospek-prospek aku.(Semua orang Pt Raja tahu lokasi KFC ini, kalau aku kata kat depan kedai runcit Tukijan, tentulah penat aku nak terangkan lokasinya)  
  • "Hello...Sekarang saya di depan KFC ni, kalau nak barang, datanglah dalam setengah jam ini....." Adalah yang datang, sesetengahnya pelanggan baru, yang masih malu-malu, maklumlah jual produk Bio Asli. 
  • Akhirnya jam 1.00 tengah hari: Baru sampai rumah mertua di Parit Nipah. Setelah berbual-bual, solat, tertidur. 
  • Jam 3.00 petang: Kami memohon untuk ke rumah lagi satu. Rumah biras aku Cikgu Md Isa Kasan di Parit Bingan. Md Isa baru dilantik sebagai Penolong Kanan HEM di sekolahnya. Banyak cerita baru yang aku dengar.
  • Jam 5.00 petang: Kami memohon untuk pulang ke Parit Sulong, sebab malam ini aku ada tuisyen UPSR. Sampai rumah jam 6.10 petang.
  • Jam 6.30 petang: Aku bertolak ke Seri Medan. Sampai kedai Sate Sahlan jam 7.00 petang. Berborak-borak dengan sahabat-sahabat dan abang iparku. Lepas tu solat Magrib di Mesjid Seri Medan.
  • Jam 8.00 malam: Seperti dalam gambar di bawah.....>>>


Jam 10.30 meronda-ronda pekan Parit Sulong....agak sibuk malam ini kerana jualan barang-barang ala nak raya. Ramailah peniaga menjual baju, kasut, brooch, dan macam-macamlah.......


Jam 11.00 malam: Barulah dapat rehat di rumah, sambil tulis buku persediaan mengajar.......!


Begitulah yang dapat aku laporkan hari ini, kerana tiada lain yang nak aku ceritakan. Nak cerita Tsunami yang tak jadi dan gempa bumi pun semua blogger dah cerita.


Panorama malam  ekspo di pekan Parit Sulong jam 10.30 malam tadi


Cuma di sini aku nak komen fasal jalan di kawasan Parit Raja ni. Aku betul-betul hairan dan pelik, kerana setelah bertahun-tahun jalan itu dibuat, masih tak siap-siap, mengalahkan bina lebuh raya PLUS.


Jalan raya antara Sri Gading dengan Pekan Parit Raja ini banyak perangkap maut. Lagi-lagi pada waktu malam. Garisan sana, garisan sini. Seolah-olah ia dibina dengan tidak mempunyai perancangan yang rapi. Dulu seperti sudah siap, sekarang pula buat U-TURN di sana-sini. Persimpangan ke Jalan Sri Bengkal itu sendiri seperti aneh kerana tidak begitu kemas...entahlah.


Nak tau sendiri, pandulah pada waktu malam di Jalan antara Sri Gading Ke Parit Raja tersebut. Dengar khabarnya dah banyak kemalangan di situ. 

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ramai juga sedara saya kat pt nipah tu.... jalan pt raja-sri gading tu memang dah banyak mkn org... hahhahaa...

mkf

Cik Sibuk berkata...

salam,

bagus2..tolong isteri kemas rumah :)

Produktif betul u nih time cuti..kalau saya time cuti keje tidur buang masa, pastu bila dah petang/malam nyesal tak gi jejalan/kemas rumah time siang tu.. :(

~ Mummy Gee ~ berkata...

pasal jalan antara Sri Gading dengan Pekan parit Raja tu saya akan maklumkan pada YB. Sebelum pilihan raya nanti jalan tu akan bertukar pada hway 4 lorong....hihihi

Kayu Manis berkata...

ooo.sibuk semalam ye..


saya tak tahu apa yg saya buat semlm..tau2 dah malam..

Mat Som Sadona berkata...

kALAU KAU KE PT NIPAH CALL LAH AKU mkf, boleh kita memancing kat sana

Mat Som Sadona berkata...

Cik Sibuk
Saya cuma rajin kemas rumah, tolong masak dah tak minat.

Mat Som Sadona berkata...

Mummy Gee
Bisik-bisik Ahli Parlimen Sri Gading yg lantang itu...

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Oh sibuk....memang semua dah sibuk sekarang

Tanpa Nama berkata...

jarang pi lah cikgu.... biasa raya je baru sampai... kalo x pun mase ade jemputan...

mkf

Unknown berkata...

Wow! Jadual seharian... Alhamdullillah, semua selamat dr malapetaka sbg ingatan buat kita semua...

Takpe matsom xlama lg nak pilihanraya, tunggu jelah nnt elok lah kot jln tu....hik3...