Dalam perbicaraan di mahkamah di Oslo semalam, Behring berkata dia akan menjalankan pembunuhan lagi pada hari kedua jika berpeluang kearah itu.
Yang nyata, Breivik tidak akan dihukum mati, memandangkan tiada hukuman tersebut di Norway. Mengikut kesalahan ini, dia akan menjalani hukuman penjara selama 21 tahun sahaja. Dan seterusnya akan menghadapi rawatan psikiatri sepanjang hayat.
Jika didapati Breivik tidak siuman pada hari kejadian bagaimana? Dia tidak akan dipenjara, tetapi akan menjalani rawatan psikiatri sepanjang hidupnya.
Seorang pakar memberitahu, Breivik siuman pada masa kejadian. Dia telah dipengaruhi haluan politik melampau. Kebenciannya kepada kemaraan Islam di Eropah telah membuak-buak, dan mengakibatkan dia bertindak gila. Dipercayai terdapat lebih ramai lagi orang-orang yang sehaluan dengannya di Eropah?
Yang peliknya dalam kes ini, apabila ada orang Islam bertindak begini, media-media termasuk media kita cepat-cepat melabelkan sebagai Militan Islam, tetapi apabila mereka yang melakukannya, kita gelarkan mereka militan kulit putih?
Satu lagi yang kita nampak di sini, betapa rapuhnya undang-undang ciptaan manusia di Norway ini. Bunuh 77 orang dengan sengaja, hanya akan dipenjara 21 tahun? Sungguh tidak adil! Seperti juga hukuman yang dijatuhkan kepada pemandu lori Zainol Fitri Hasan 14 April 2012, yang hanya dipenjara empat tahun setelah memandu lori secara cuai dan menyebabkan 9 kematian insan yang tidak berdosa? Lihat sahaja di jalan raya kita ramai lagi pemandu seperti Zainol, yang langgar lari tidak terkira banyaknya. Aku pun pernah dua kali membantu mangsa langgar lari. Kawan-kawan aku pun ada yang mati kena langgar lari. Pemandu-pemandu berbahaya ini juga setaraf dengan militan dan pengganas, kerana menyebabkan isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah, ibu bapa kehilangan anak dalam kematian yang sangat tragis.
5 ulasan:
biasalah orang kafir.
diorang ni masih tk bertamadun.
dunia ni diorang punya.???
Mereka akan terus memusuhi dan mencurigai kita sehingga hari Qiamat.
Mungkin dia termakan SIBUTRAMINE dlm ubat diet dia lah..
Persis satu jenama kapal selam buatan Perancis aje?
salam cikgu MS...
di dunia selamat la kot,
di harap sempat dia (sapa2 lah yang berkenaan) bertaubat / dapat hidayah ...
Catat Ulasan