Rabu, 17 Disember 2014

TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK TAHUN DEPAN

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan bayaran tambang bas sekolah akan naik mulai Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Oktober lalu.
Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, jumlah kenaikan itu akan ditentukan sendiri oleh pengusaha bas sekolah bagi mengimbangi kenaikan kos yang semakin meningkat selain kadar tambang bas sekolah tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 2009.
“Pihak PPPBSM tidak akan menetapkan kadar baharu kerana ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Buat masa ini, pengusaha bas sekolah akan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 memandang­kan SPAD tidak menetapkan harga siling tambang sekolah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber Kosmo

1 ulasan:

Kayu Manis berkata...

makin tenatlh semua org.. alhamdulillah hntr sndiri.. minyk lgi...
tulh hutang byk rkyat jdi mgsa...
semua nk perah keringat mnusia.. klu binatang boleh kerja, binatang tu pun dikerah utk tmbh pendptn kerajaan.. termsuk cacing kt dlm tnh...