Gambar-gambar berikut ialah gambar-gambar yang dihantar oleh sahabatku melalui Whatsapp.
Ini ialah rumah ibu sahabatku, Tn Hj Zul Pasir Tumboh,Kota Bharu. Kata beliau rumah ketua kampungnya hancur berderai setelah dibawa arus deras banjir tersebut.
Keadaan banjir di Hospital Kota Bharu. Pesakit-pesakit dipindahkan ke blok yang lebih tinggi,kata Tn Hj Zul Pasir Tumboh
Situasi banjir yang diambil gambarnya semalam 26 Disember 2014 di Kota Bharu
Ini pula situasi banjir laut yang berlaku di Minyak Beku Batu Pahat,juga gambar daripada whatsapp...Gambar diambil tiga hari yang lalu. Tebing ini kalau hari biasa sangat tinggi daripada aras laut.....Tetapi minggu ini air laut telah melimpahi tebingnya itu....
Banjir yang mula menjengah Parit Sulong....walaupun aku duduk di sini....Tetapi yang ambik gambar ini adalah orang lain.....Banjir paling tenang dan nampak mula hendak termenung di sini...
2 ulasan:
musibah banjir cara Allah berbicara dgn hambanya..
Benar kata kak Nor itu, memperingatkan kisah zaman Nabi Noh
Catat Ulasan