Isnin, 6 Jun 2011

MENEGUK CINTA DI BUMI BARAKAH


Melalui iklan kecil sebuah akbar tabloid yang aku iklankan, aku menerima beberapa SMS yang berminat dengan produk-produk kesihatan yang aku tawarkan. Salah seorang daripada mereka ialah Tn Hj Zaman Azad Khan. Setelah menjadi ahli (PERCUMA macam KLIK BANER IKLAN DI ATAS) beliau memperkenalkan produk-produk itu kepada sahabat-sahabatnya di Dungun.

Setelah dua bulan berurusan dengan beliau melalui telefon, Hj Zaman memperkenalkan dirinya sedikit demi sedikit. Mula-mula Hj Zaman memberitahu, pengarah filem Hatta Azad Khan ialah adik kandung beliau. 

Bulan ketiga aku bertanya Hj Zaman. Apa yang sedang dibuatnya ketika itu? Dia menjelaskan sedang menulis cerpen. Wow...tak sangka aku sedang berurusan dengan seorang penulis. Tidak lama kemudian beliau memberitahu aku, beliau sedang menyiapkan sebuah novel.

Akulah yang pertama menempah. Aku mintak nombor akaunnya untuk membuat pembayaran. Namun dia tak membalas SMS aku. Beberapa hari kemudian dia membalas...saya sudah poskan novel saya itu kepada Mat som, dan ia sebagai hadiah tulus ikhlas daripada saya.....Aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas hadiah seikhlas itu.

Tengah hari tadi, novel itu aku terima. Barulah aku tahu tajuknya MENEGUK CINTA DI BUMI BARAKAH. Cerita tentang perjalanan haji sepasang suami isteri dari Kuala Trengganu.....aku belum habis baca lagi. Begitulah yang baik sebagai sahabat, yang sentiasa mengingatkan tentang Allah.... dengan caranya yang mulus dan tersendiri. Terima kasih Tn Hj Zaman Azad Khan.

Tiada ulasan: