Ni Pak Cik aku Hj Jamal di Seri Medan. Nak jengok dia pun aku tak sempat-sempat. Barisan sepupu aku dari seorang Pak Cik aku je tu. Kalau datang semua ni kat rumah aku. Aku kena sediakan Kanopi.
Hari ni pulak sibuk tukar templete. Godek sana, godek sini. Akhirnya senang cerita berbalik pada template Blogger.Com. Ni pun entah sampai bila? Tapi bestnya, tempalete dengan ni, loading senang. Header pun begitu juga. Nak berguru lagi ni....banyak lagi yang tak tau.
Ramai dah membiarkan blog mereka terdampar sepi. Umpama isteri yang digantung tak bertali. Umpama suami yang ditinggalkan isteri, yang hilang dengan tiba-tiba tanpa khabar berita, lari cuma dengan sebuah beg sambil mendokong dua anak kecil....Suami pun muhasabah diri...KENAPA sampai kanda ditinggalkan? Teruk sangatkah kanda ni? (Ini cerita dalam akhbarlah)
Tertanya-tanya aku....Kenapa? Kenapa blog mereka ditinggalkan? Dulu pun aku pernah bincang hal ini. Antara sebabnya, kerana bosan. Dah tak tau nak cerita apa. Tulis blog bukan dapat apa?
Kalau kita tulis blog dengan mengharap dapat duit iklan, maka hentikanlah. Kerana kita akan kecewa. Tulislah blog untuk menyampaikan misi dakwah secara santai. Secara orang tak sedar. Kita akan bahagia. Kerana ilmu sedikit yang kita ada, telah kita sebarkan kepada orang lain. Tanpa kita menjadi ustaz atau ustazah.
Yang pentingnya, usah kita menambah dosa melalui blog. Dosa kita pun dah menimbun kan?
Dulu, aku selalu menulis diari. Dari sekolah menengah lagi. Masih ada tiga koleksi yang masih aku simpan. Walaupun aku bukan bakal PM, Menteri, Penulis, Cendekiawan terbilang,yang kisah hidup aku akan dibukukan, tetapi, segala yang ditulis di situ sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress ketika nota itu ditulis.
Dan sekarang dengan menulis blog dapat berkongsi cerita kehidupan dengan khalayak. Kita tak ada masa nak berjumpa dengan semua orang. Lagi pun semua dah sibuk dengan pelbagai rencah kesibukan masing-masing.
Sekian...
9 ulasan:
Template yg ni nampak ok... nampak blog jadi besar.
Aku rasa sebab2 diorang tinggalkan blog diorang maybe sebab terlupa password mcm aku kot?
Sam,
Setakat ni macam bolehlah. Tapi kita ni tak pernah berpuas hati. Dah duduk banglo, nak beli mahligai pulak. Seterusnya Kalau boleh nak beli rumah kat langit.
wahhh meriahnyerr keluarga tewww kanns.. ehehe
En Me kenalah tambah putera-puteri lagi....!
Tahniah, nampak lapang template baru ni, barulah senang nak bernafas...
Mie,
Aku memang dah sedar masalah tu.
Tapi fasal sayang sangat dengan background pokok kelapa tu
Kalau boleh nak lapangkan lagi....!
uhu....blog cikgu nampak baru...
lagi lebar... suka2...
blog sy bila lagi la nk di lebarkan..hehe
sy seronok dapat berblog... dapat tukar2 cerita...
Tkasih. Saya berminat juga kaedah lukisan kartun di blog Azana tu. Guna teknik Rebonding ke?
haha... xde la...teknik mengkrinting je...ehehe
saya lukis pastu sy edit guna photoshop...:) boleh la kalo cikgu nak mencuba..
Catat Ulasan