PENGEWANGAN KANDUNGAN FBPRO (EARNING) Mana lebih banyak menyumbangkan $ antara video (Reels), Foto, Story dan Teks?
Mula-mula dulu keliru kenapa susah sangat nak dapat dollar dalam FbPro? Upload video, foto dapat dua tiga sen saja dalam seminggu. Setelah membuat try and eror, saya sudah nampak sedikit caranya. Jadi saya kongsikan di sini.
Foto & Story boleh dapat duit, tetapi jumlahnya jauh lebih kecil berbanding video. Iklan pada gambar kurang ditonton, story pula hanya 24 jam sahaja.
📌 Video Panjang / Reels Iklan sebelum/tengah/akhir video + penglibatan Paling tinggi — iklan lebih banyak ditonton berbanding foto, teks dan Story.
📌 Video Panjang atau pendek lebih dapat earning? Ya Video panjang.
Kenapa video panjang lebih berbaloi?
✅ Iklan boleh disisipkan banyak kali
✅ Tempoh tontonan lama → sistem sebarkan lebih luas
✅ Penonton lebih lama → lebih banyak iklan ditonton → lebih banyak duit
✅ Tetapi: kandungan mesti asli, menarik & patuh dasar — kalau penonton lari separuh jalan, tak dapat banyak juga
🗝️Kunci sebenar untuk dapat banyak $:
📌 Video panjang (1–3 minit) — topik mesti menarik, kandungan asli
📌 Kapsyen jelas + 3–5 hashtag relevan sahaja — elak kena tanda spam. Jangan lebih 5 hashtag.
📌 Balas komen netizen — naikkan skor Penerimaan.
📌 Konsisten — siarkan setiap hari atau sekurang-kurangnya 7 kali seminggu
📌 Kualiti > Kuantiti — 1 video bagus = Jika nak upload gambar, upload 10 gambar yang menarik dan tersendiri.
✒️ Kesimpulannya:
Gambar & Cerita = bantu naik pengikut & tambah sedikit pendapatan.
Video panjang = sumber utama pendapatan besar.
Buat kedua-duanya seimbang: gambar/Story/Teks untuk interaksi, video panjang untuk wang 💰 Satu lagi saya ingin beritahu, kongsikan video yang orang suka, bukan buat video yang kita saja suka.
Kongsikan ilmu, inspirasi dan hiburan kepada mereka. Kita bukan artis, jadi tak perlu upload kisah kita siang dan malam. Tanya apa yang penonton dapat daripada karya kita? Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan