Rabu, 7 Oktober 2015

PERSETAN DENGAN JEREBU YANG MELEMAHKAN

Bekalan produk yang dipasarkan memerlukan tambahan stok, disebabkan suplier berdekatan tidak menyediakan stok yang mencukupi. Justeru seawal jam 6.00 pagi aku terpaksa bertolak ke utara Melaka. Persetan dengan suasana jerebu yang melemahkan seluruh semangatku. Walaupun badan kurang sihat, pedal minyak kereta yang kupijak membawa aku ke destinasi seawal jam 8.00 pagi, setelah meredah hujan di sana-sini selama dua jam lamanya. Dan Alhamdulillah suplier juga membuka kedainya seawal itu,berbanding kedai lain yang bermula pukul 10.00 pagi.

Lalu aku terfikir, tanpa semangat mungkin aku tidak melakukan semua ini. Lebih baik aku menyambung tidur dengan cuti yang diberi secara tiba-tiba oleh kementerian pelajaran ini. Namun setelah mengenangkan wajah-wajah isteri dan lima orang anakku, kekuatan itu datang. Bahawa aku mesti terus menambah pendapatan.

Aku juga teringat wajah anak-anak sahabat-sahabat yang menjadi dealer produk yang kujual ini. Sahabat-sahabatku itu jua ingin membantu suami, membantu isteri mereka mencari pendapatan sambilan melalui jualan barang kegunaan rumah ini. Jika aku tidak berusaha keras, bagaimana bekalan barang ini dapat kusediakan buat mereka?

Sahabat, teruskan usaha kalian. Aku akan berusaha keras dan memastikan stok sentiasa ada buat kalian menjalankan bisnes sampingan. Semoga Allah memberkati usaha kita.
  









3 ulasan:

Kayu Manis berkata...

alahai cikgu..tajuk menakutkan knor ni..

knor agak gusar dgn jerebu..memandang anak2 semua alah dgn habuk2 ni..boleh mudarat klu berterusan..

bgi mask tak selesa nak pakai...lgi semput..
muhammad batuk berkahak...semput juga..adibah,azhan,iman soffea en jamal...
sabr dlm menghadapi ujian.

Mat Som Sadona berkata...

Melihat bacaan IPU di negara jiran kita membuatkan kita terfikir....kalaulah bacaan IPU kita mencecah 1000 bagaimana kita ini dpt bernafas?

Sumatera pernah berjasa kpd kita dgn menjadi benteng Tsunami ..... Namun akhir2 ini telah mengirimi kita dgn kabut yg mwlemahkn ini

Umialya berkata...

Alyapn nampak gayanya dah mula selsema setelah bertahun tak demam/selsema..