Selasa, 18 Mei 2010

STESEN BAS BATU PAHAT



Jika anda telah meninggalkan Batu Pahat sekian lamanya mungkin anda tidak percaya seandainya saya katakan bangunan di atas ialah bangunan Stesen Bas Batu Pahat. Di sinilah tapak asal stesen bas lama Batu Pahat. Seingat saya sejak saya kecil, ayah saya membawa saya menaiki bas nombor 20 dari Seri Medan untuk berhenti di tempat ini (bangunan lama), selepas itu saya dibawa berjalan-jalan dan makan di Cheng Kuan.

Itu duhulu, kini stesen bas ini semakin canggih. Mungkin anda ada banyak kenangan di sini. Mungkin ada orang membuat pertemuan pertama kali dengan pasangan (suami atau isteri anda sekarang) di sini. Mungkin juga anda pernah ditipu orang di sini. Lagi panorama terbaru Batu Pahat....klik....!

2 ulasan:

Zack berkata...

fuhyoo.. sgtlah canggih bp skrg.. ternyata mmg lama sgt xblk bp, huhuhu..

MSOM berkata...

Kesiannya Zack.......!