Sabtu, 1 Mei 2010
BUKAN TOYOL TAPI HANTU RAYA
Pada tahun 2008 aku menyimpan gelang dan rantai leher isteriku di tempat yang paling selamat di rumah, kerana ketika itu Hamidah berada di wad selama sebulan.
Setelah Hamidah pulang ke rumah beberapa hari, barulah aku teringat perkara tersebut. Aku melihat tempat aku menyimpan aksesori wanita tersebut. Alangkah terkejutnya aku, kedua-duanya sudah tiada di situ. Mustahil ada orang mengambil, memandangkan lokasinya memang aku saja yang tahu.
Sepanjang tempoh itu juga tidak ada tetamu yang datang ke rumah, kerana aku banyak berada di hospital. Tiada tanda rumah dimasuki oleh orang lain.
Sehinggalah pada bulan lalu aku berbual dengan seorang rakan aku dari Parit Gantung. Tanpa aku bertanya, dia bercerita tentang emas milik isterinya hilang dan dia telah berjumpa tiga orang bomoh. Semua bomoh itu tidak sanggup menolongnya. Katanya, itu adalah satu ilmu syaitan, di mana emas yang tidak dipakai oleh pemiliknya boleh dicuri syaitan pujaan itu. Maknanya bukan aku sorang saja yang kehilangan barang kemas. Baru aku teringat, dulu Kak Wok pernah bercerita dia kehilangan cincin perkahwinan.
Malam tadi, aku bertemu Zailani di Warung Tomyam Sri Bayu. Bersama-sama Zailani ada seorang yang nampak ketokohan sebagai seorang yang amat berkarisma. Beliau dikenali sebagai Ustaz Dali. Ustaz memang biasa mengatasi masalah yang mistik seperti masalahku ini.
Apabila aku mengajukan permasalahan itu, beliau mengatakan:
1. Ada dua jenis toyol, satu dari Mekah, yang jenis ini duit yang diselit dalam Quran pun dia kebas. Kalau yang dari Indonesia, dia ada malu sikit.
2. Tapi masalah aku ni kata dia bukan kerja toyol. Itu kerja hantu raya atau gondrong. Dia pun tahu kawasan aku duduk ini memang ada orang bela benda tu. Tapi ia dilakukan oleh orang seberang yang kerja di sini.
3. Jika nak menyimpan barang berharga seperti emas, yang terbaik ialah simpan di dalam air. Kerana mahluk itu tidak dapat masuk ke sana.
4. Aku bertanya, bank itu kenapa tidak dicuri toyol? Beliau menjelaskan semua bank telah dipagar sebelum beroperasi. Ada yang dipagar oleh cerdik pandai agama. Ada juga yang dipagar dengan kaedah tradisional.
Dulu aku tak percaya langsung benda-benda seperti ini. Tetapi setelah menjadi mangsa, aku kini perlu mempunyai benteng. Benteng itu ialah kena banyak membaca Al-Quran, agar syaitan tidak menembusi rumah kita.
Sesiapa yang ada masalah berkaitan makhluk halus telefonlah USTAZ DALI 013-37390123
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
Salam Cikgu..kat kg mertua ni pun ada org bela toyol..selalu sangat duit hilang..hari ni kira cukup,esok kurang..
Salam Cikgu..kat kg mertua ni pun ada org bela toyol..selalu sangat duit hilang..hari ni kira cukup,esok kurang..
Salam Cikgu..kat kg mertua ni pun ada org bela toyol..selalu sangat duit hilang..hari ni kira cukup,esok kurang..
Salam Cikgu..kat kg mertua ni pun ada org bela toyol..selalu sangat duit hilang..hari ni kira cukup,esok kurang..
Kat situ, sebuah akhbar harian ada melaporkan, di kawasan mertua Siti Indrawati ada 28 toyol. BANYAKNYERR
Empat kali komen Siti Indrawati tu melambangkan betapa seriusnya TOYOL di kawasan itu!
hehehe.. apa kata you all bela berudu..org kata, toyol suka bermain dgn berudu sampai terlupa "tugas" dia yg sebenar pd tuannya bila terlalu asyik bermain berudu di rumah org......tak tau la betul ke tak.
Tapi hantu yg ambik barang kemas ni terlalu licik, berudu dia tak takut langsung, silap2 diminum dengan berudu2nya sekali.
macam-macam hal ye sekarang ni!!
Catat Ulasan