Dulu, kalau nak bersarapan di Seri Medan, aku selalu tak tau nak makan di mana, lebih-lebih lagi
jika Warung Yani ditutup. Pagi Sabtu hari itu, aku menemui Restoran baru. Wau! Sungguh mendamaikan. Ia menepati cita rasa kebanyakan pelanggan, bersih, kemas dan layanan yang mesra. Tak adalah bau tahi kucing atau bau longkang, macam sesetengah warung tu. Ditambah pula pelanggan mendengar halwa telinga, lagu-lagu klasik seperti Dyloyd, terasa seolah-olah aku berada pada zaman era 70-an. Lokasi restoran ini berhadapan mesjid besar Seri Medan
Di bawah ini lain pula ceritanya, selepas mencari hadiah HARI IBU, anak-anak aku makanlah apa yang mereka suka di Restoran Noor, depan Pejabat Pos Parit Sulong.
Arina dan Ikhwan tak nak makan lain, minatnya makan Roti Canai da.....
Jadi tengah hari ini, aku dah tak payah masak. Selamat tenaga.
Jadi tengah hari ini, aku dah tak payah masak. Selamat tenaga.
10 ulasan:
apa kata makan malam kat atas gunung ni pulak...makan nasi di rumah aku.
Aku jeoules sangat dengan orang2 Cameron Highlans macam ONE ZABA ni. Dwen tau tak SDRA, bahawa ketika ini kami sedang kepanasan seperti berada dalam bahang api yang membara, sehinggakan nak tidur pun tak nyenyak.....oH DI SANA MAKAN bersarapan jemput-jemput Strawberry ke?
memang musim panas yang amat sekarang ni...rasanya dah hampir dua bulan ... buktinya bil api dua bulan kebelakangnan ni memang buatkan saya tepok dahi.... lagi mahal bil api dari installment keta comel saya....
masa comei blk kg bulan lepas ada ngeteh kat restoran depan masjid sri medan tu..mmg selesa & bersih..
Dulu restoran ni asalnya kedai gunting rambut dan kedai gambar kan...
sungguh selera makan roti canai kanns,
salamm,
Mummy Gee, tu yg saya tahan tak pasang ekon tu......! Tapi sampai bila!....nak tahan!
Comeisari,
Kalian ternyata lebih pantas mengesan kedai yang menyelerakan dan bersih itu.
Mama Miraki,ya kedai gunting, saya pernah mengguntingkan rambut anak saya, Irfan menangis2 macam nak kena sunat masa tu.
TunBegia, roti canai lebih sedap daripada KFc DAN mDn TunBegia
Catat Ulasan