Gambar di atas menceritakan kembali bagaimana terjadinya gelang kekal itu.....
Pada masa itu umur adik Irfan, Iwan dalam setahun setengah, maknanya kejadian ini berlaku pada tahun 2003. Rahmat Salamon dan sahabat-sahabatnya mengadakan hari keluarga. Kami tumpang sekali. Lokasi ialah Rompin Beach Resort, Rompin.
Seronok di sini kerana kolam renang itu ada gelongsor. Puas sudah anak kami turun naik gelongsor.
Faham-faham ajelah Irfan tu. Dia mana puas hati dengan mandi di kolam itu. Merengek-rengek, jomlah mandi tepi pantai, marilah mandi pantai.
Semua budak lain mandi di kolam renang itu. Senyap-senyap aku mengajak Ili Nabilah dan Irfan ke pantai. Irfan tanpa sabar-sabar terlonjak-lonjak dan dengan pantas terus mandi di tepi laut itu.
Dalam beberapa saat sahaja dia menjerit dengan sekuat hati. Aku cepat-cepat mengangkatnya ke tepi.
Alamak! Apa ni? Kenapa tangan dia merah? Ini mesti obor-obor?
Kami bergegas balik ke bilik resort dan aku tanpa membuang masa membawa Irfan ke Pusat Kesihatan Rompin. Walaupun klinik penuh dengan orang, tetapi pegawai perubatan yang bertugas hari itu mengkategorikan kes Irfan sebagai kes kecemasan.
Rupa-rupanya obor-obor ini boleh membunuh, menurut kata pihak klinik tersebut. Alhamdulillah selepas dirawat Irfan kembali senyum.
Sejak peristiwa itu aku melarang keras anak-anakku mandi di laut. Setakat bina istana pasir bolehlah.

8 ulasan:
memang ler... tak tau ke.. eh abih tu....dia digigit ke? berdarah ke?
BEGINI, YG AKU INGAT, DARAH TAK KELUAR, TAPI......BENGKAK, MACAM KENA ULAT BULU GERGASI, tgoklah tu, kesannya sampai sekarang dan sampai tua nanti.
Sakitnya tidak terperi, PEDIH! Kalau kena kat dada memang habislah.
Masa tu tak ada orang lain mandi kat situ.
tak laku la kalau bawak ke pajak gadai...
Senang nak kesan dia kalau menyamar.
anak saya, Ika pernah kena sengat obor2 kat Pantai Chenang, Langkawi. Orang kat sana kata sebab dia pakai baju renang pink, obor2 suka. Pas tu budak2 pantai bagi sapu dengan cuka dan limau nipis...kat tempat kena sengat tu. Memang bahaya obor ni. panik masa tu dia dah meraung2. Pas tu kan orang tu bagi petua lagi kalau dah tak ada cuka tu kalau terdesak boleh siram ngan "air k**c**g" aje....hehehehhe tak taulah betul ke tak...ataupun apu ngan kulit pisang. itu petua orang2 kat sana bagitau lah...
Tkasih bagi petua-petua yang sangat berharga itu. Biarlah ia menjadi pedoman untuk mereka yang teringin sangat kena sengat dengan OBOR-OBOR yang bentuknya macam hantu langsuir itu!
sibbaik x kena gigit kejantanannya kanns,
salamm
Ah TunBegia nih...! Nanti jadi aw! Aw lak pulakkkkk
Catat Ulasan