Isnin, 3 Mei 2010

KUIH KERIA ROSAK MR MAMA


Kuih Keria sebelum digoreng


Bahan-bahan:
Keledek Rebus
Gula
Telur
Tepung Gandum

Cara buat:

Uli je lahhhhhhh...........


Setiap kali berjumpa dengan pengusaha kebun kubis dan kledek Hj Johari, pasti Hj akan menghulurkan kepada aku berkilo-kilogram keledek dan kubis. Macam-macam dah aku buat. Krepek keledek. Keledek goreng. Sayur keledek. Pengat keledek. Petang Ahad semalam, tengah tak tau nak buat apa dengan keledek ni, aku pun teringat resepi yang diajar di MPTI, Puan Fatimah sempat ajar kami tiga resepi iaitu Kuih Melaka, Lepat Pisang Berinti Kelapa dan Kuih Keria. Semua itu aku ingat betul. Cara-cara dan bahan-bahan dia. Dwen Onezaba pun tentu kau sempat belajar dengan pensyarah Ekonomi Rumah Tangga itu?


Nah lihat apa yang terjadi???





Kuih Keria Rosak ni dah hitam separuh sebab asyik berbual dengan Arina!
Kalau macam ni lebih baik aku beli je kat kedai!

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

sedapnyaaa..... aku suka keria...tp malas nk melenyek keledek..nk kupas kulit lagi...aku tak rajin!

Ko kalau malas nk bulat2kan pakai tgn...ko beli la pencetak donut tu...kt pasar PS byk....tak sampai pun RM1 agknya... ko mesti beli tau! Nanti cantik hasilnya.

MSOM berkata...

Aku buat ni utk suka-suka saja, melayan Arina yg suka menguli tepung. Macam kita dulu tgok emak buat kuih bangkit tu. Kan Nostalgik juga tu!

Mama Miraki berkata...

wahhhh.....dah jadi blog masak2 ni....boleh pencen Mat Gebu cam ni tau.......
kuih keria...favourite saya tu....tak apa rupa kurang cantik..tapi rasa sedappppp

MSOM berkata...

Hahahahaha Arina kata kuih saya keras macam batu!

Kalau baling kat Abang Abas,pasti dia masuk parit depan warung dia tu!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

terlebih tepung la tu agknya... aku suka makan yg tak bersira...klu dah bersira agak kureng sikit... ni td aku dh suruh IRP beli keledek esok aku pun nk buatlah. Sedapnyaa...

MSOM berkata...

Kat JB tu tak menjajau ke IRP cari keledek? Kesian dia. Entri aku ni menyebabkan IRP terpaksa kerja lebih, cari keledek di Kota JB.

ONE ZABA berkata...

aku ingat sangat pn fatimah tu. tapi dia tak ajar kami buat kuih kuih tu. kami belajar buat kuih ketayap je. tu pun tak sempat nak bagi markah. semua selamat masuk perut.

comeisari berkata...

wah bagus betul suami org ni..buat kuih la pulak...

aku malas betul kalau bab2 buat kuih ni...x de yg nak makan...lebih baik beli je...

MSOM berkata...

Dwen One Zaba,
Sebab perkara itu berlaku kerana makanan di asrama sangat menjemukan kita. Hari-hari makan nasi macam menu hospital. Tu ada yang bawak botol budu ke dewan makan tu...!

MSOM berkata...

Comeisari,

Aku buat benda-benda ni sempena Puan Hamidah berehat ni je, lepas ni sibukle buat direct selling balik...
Tak tahan kat dapur ni ialah menghadapi kuali yang berminyak, tambah-tambah air di sini dicatu.


SAJH....selesaikan masalah ini segera. Aku dah bosan ni!