Hari ini aku ingin membebel. Ini adalah akibat jadual catuan air SAJH dilanjutkan lagi ke bulan Mei…..dan sampai bila?
Inilah sarapan yang aku paling suka di kantin sekolah, kerana ia mengingatkan sarapan emak aku ketika kecil dulu. Kini emak aku sudah bersarapan roti. Emak pun sudah mahu berehat. Bayangkanlah bagaimana emak aku membesarkan kami lapan adik-beradik dahulu.
Kini pagi-pagi aku suka minum susu kosong di kantin sekolah ini
Sejak akhir-akhir ini, cuaca begitu panas berbahang. Aku rasakan memakai tali leher ketika mengajar (di kelas yang mencatatkan darjah celcius antara yang tertinggi di rantau ini,) sudah tidak relevan lagi. Tambahan pula kipas yang ada sudah tidak dapat menampung kepanasan itu.
Pemandangan di bawah hanyalah variasi perubahan cuaca yang memukau fatamorgana. Hakikatnya, jadual catuan air terus bersambung ke bulan Mei pula. Sampai bila penderitaan itui akan berakhir?
Inilah akibat kerakusan manusia yang menarah segala alam sekitar yang ada untuk memuaskan golongan yang rakus. Akibatnya, pemanasan global terjadi, dan kekeringan empangan air yang membekalkan air kepada SAJH terjadi. Akhirnya semua penduduk di sekitar terpaksa menanggung sengsara. Padan muka kita semua. Botakkan lagi segala gunung yang ada. Tebanglah hutan seluas-luasnya. Naiklah helikopter dan lihatlah ke bawah bumi Batu Pahat, Yong Peng dan lain-lain. Bukit mana yang masih suci lagi?
Keadaan awan itu sendiri membayangkan bahawa dunia sedang sakit tenat
2 ulasan:
mai la pindah atas ni buat sementara...sini terlebih air.
Ke Perak.......? Aku takut memandu lalu terowong sebelum sampai Ipoh tu.
Catat Ulasan