Jumaat, 2 April 2010

Seronoknya Dapat Menjejaki Sahabat-sahabat Lama di MPTI

Hj Mohidin Kardani


Sazali
Bila nak mempamerkan wajah machomu?


Ibrahim Putra


Zulkifli Zakaria
Rasanya dulu pelukis kartun majalah Semain Subur MPTI


Saidin Pemain takraw terhebat MPTI


Ahmad Rashidi yang sentiasa cool


Zaidi Saleh dari Kampung Morten.
Wah sudah berisi sekarang.
Kalau aku jumpa, pasti aku dah tak kenal.
Dulu kawan serumah aku di Jalan Baiduri, JB.

Tan Seng Seng
Antara atlet terhebat MPTI waktu itu


Roslan ni dari Kelate



Wan Zaidi pengasas FB MPTI BATCH 1985-87
Macam YB ada, macam Ustaz pun ada




Hj Abdul Ghafar Atan
dulu selalu dengan dia dalam Pengajian Melayu/Pendidikan Seni




Itulah wajah-wajah baru yang tiba-tiba muncul setelah 23 tahun tidak bertemu! Macam cerita hindustan pulak. Semuanya atas usaha saudara Wan Zaidi yang menemukan kami dalam Facebook MPTI BATCH 1985-87.

Namun satu je yang aku sangat pelik, Rosli, Razak dan Rizal yang sama-sama sesat dalam Hutan Jengka 1987 itu, masih aku belum dapat menjejakinya. Memang betul-betul mereka telah menggunakan Ijazah Sesat itu sebagai kejutan. Kalian tahu apa tujuan blog ini dibuat? Antara matlamatnya ialah menjejaki sahabat-sahabat sesesatku itu.

Aku tidak akan berhenti mencari mereka. Aku akan cari walau mereka sembunyi ke lubang hidung. Tunggu!

3 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Hj. Mohidin Kardani tu junior aku kat SRK Seri Cantek, SMKDS dan SMKDBL.

MSOM berkata...

Betul tu. Umur dia sebaya saya 44 tahun. Asal dari Pt Sentang, kini dia duduk di Muar.

Tanpa Nama berkata...

encik zulkifli tu lecturer saye.. :)