Sabtu, 10 April 2010

KELAHIRAN ALIFF ISKANDAR


Aliff Iskandar adalah nama pilihan Hamidah.
(Iskandar Zulkarnain kan penakluk dunia?)


Hamidah tabah apabila doktor pakar mengatakan semasa kandungan berusia dua bulan
" Puan, puan usah mengharap sangat dengan kandungan ini, ia akan keguguran dalam
masa yang terdekat".


Syukur semuanya selamat......

Pose pertama Aliff Iskandar


Ketika Aliff Iskandar lahir ke dunia,
dunia ini telah tua dan penuh kemusnahan

Tengah hari 24 Rabiul Akhir 1431 Hijriah bersamaan 9 April 2010 lahirlah anak kami yang keenam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan kepada kami seorang lagi cahaya mata, setelah kami kehilangan Auliasafiah pada 13 Jun 2008. Semoga kehadiran Aliff Iskandar dapat memberi cahaya kegembiraan kepada kami. Dan semoga kami berada di kalngan orang-orang yang bersyukur atas segala kurnianNya.

20 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Heiii!!! Tak habaq aku pun.. InsyAllah kalau IRP free esok aku dapatlah menjenguk (belum inform dia lg..dia tgh sibuk kt luar)..Baby kt rumah ke kt hospital?

Anyway..tahniah dpt hero lagi.

MSOM berkata...

Mereka akan berada di hospital hingga Khamis. Kalau nak datang SMS dulu ok.

MSOM berkata...

Aku sebenarnya belum mengumumkan kepada sesiapa melainkan dalam Facebook, itu pun dalam wall sahabatku Cikgu Zailani( itupun kerana diasak dgn solan itu oleh Z dan Mmiraki). Aku ingin memberitahu kepada mereka setelah Hamidah dan baby balik ke rumah. Lagi pun sekarang kanak-kanak yang belum ada Kad PENGENALAN TIDAK BOLEH MASUK MELAWAT KE HOSPITAL BATU PAHAT.

Mama Miraki berkata...

Tahniah.....comelnya baby Aliff ni....ALIFF ISKANDAR sedap nama tu...antara senarai nama untuk anak saya untuk AMIR dulu..hehehehhe...eiiii dekat nak sama ngan nam anak sulung saya ya...ALiff Zikry....bestnyaaaaaaaaaaaa dapat baby baru....MMirror tak teringain ker

MSOM berkata...

Mintak maaflah ya, Midah ambik nama tu, kalau sama pun tak apa, satu duduk KL satu duduk PS. Kalau larat nak bersalin lagi, kalian dipersilakan. Dialu-alukan sangat oleh semua. Nabi Muhammmad pun suka umatnya ramai. Adik saya, (kakaknya Sam) dah ada 8 orang anak.Sam tu macam dah tutup kilang?

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

kt hospital lagi ya? tak apa la klu mcm tu...lain kali je aku dtg melawat....

aku belum tutup kilang lg... sebenarnya masih fobia dgn kesakitan beranak.

Mama Miraki ~ way to go!! Harus dptkan lagi satu Aliff Iskandar versi KL!

MSOM berkata...

Tgok luahan hati Ziana Zin dalam sebuah majalah, ngerilah pulak aku nak beranak. Eh, aku pulak yg beranak.?

Mama Miraki berkata...

yeeeee ngeri nak beranak.....saya 3 orang anak bersalin normal...si bongsu Amir kena ceaser....baby besar...dan semuanya overdua...tapi nampak baby comel cam ni...gerammmmmmnyaaaaaaaaaaaaa

kaksu berkata...

salam mat som... tahniah dapat junior lagi... comelnyaaa aliff iskandar ..geram tengok tapi kat umah ni dah tak de baby coz yang kecik tu dah 7 tahun...

MSOM berkata...

Waalaikumusalam Kak Su, muda lagi tu, boleh tambah lagi, nanti dah tua kan meriah (masa raya).

MSOM berkata...

Lupa pulak, terima kasih atas ucapan Kak Su

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tahniah kang.

MSOM berkata...

Terima Kasih Kang Yin.

Terima Kasih Sam yang buat kejutan, datang menjenguk anak isteriku di Hospital thari tadi.

tunbegia berkata...

sungguh comel,

salam kang, usia masih muda, leh tambah cukupkan sedozen, :-)

MSOM berkata...

Tkasih TunBegia, waduh laratkah saya? ini pun sudah terlalu sibuk.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Ala kang... loro telu keno meneh... koyo aku rong ono rezeki... Gusti Pengiran hurung arek ngaie meneh.
Agak reta aku ora patioh waras awak eh. Masa jek cilik memang payah arek nguruskeh tapi mengko angger wes podo kerjo... ngayah kang. Saja seneng delok wonh anak eh ramei... tapi sedih delok surat khabar BH dino iki... bayi nang jeroh tong sampah. Patut mak bapak eh seng lebok neh tong sampat. ( sampah masyarakat )Selamat Bercuti seminggu...

MSOM berkata...

Alhamdulillah Kang Yin, ada anak, buah hati pengarang jantung. Di luar sana ramai lagi pasangan yang tidak mempunyai anak. Itu semua qada' dan qadar Allah. Kita ini hanya insan kerdil, yg tak mampu berbuat apa-apa.Namun kita diseru supaya bertawakkal dan berdoa kepadaNya.

Lahirnya seseorang manusia itu semua sudah ditetapkanNya.

Kes-kes pembuangan bayi itu amat membimbangkan kita. Jumlahnya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Itulah akibat pergaulan bebas muda-mudi kita hari ini.

Mungkin, ibu-ibu yang membuang anak ini adalah mangsa kedurjanaan lelaki hidung belang?

Namun mengapa jumlahnya terlalu banyak? Ternyata kita kini lebih dahsyat dari orang-orang zaman Jahiliah.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Tahniah MSom dapat baby baru... wahai2 kawan2 blogger... MMiraki, MMirrow, Anis jom kita tambah bala tentera...walau dah 3x perut ku dibelah...semangat nak tambah askar belum pudar... hahaha....

MSOM berkata...

Tkasih Mummy Gee. Seram ah mendengarnya. Takut nanti abang tu menjadi duda. Cukuplah tu yang ada tu. Duduk KL anak tak boleh ramai-ramai, pening nak jaga.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Bro Mat Som,
Congratulationsssssssssssss...
Bertambah lagi dah zuriat...