Sabtu, 10 September 2011

RIANG RIA HARI RAYA

Pagi tadi berlangsung program marhaban sekolah aku mengajar ni, program marhaban tahun 1432 hijrah ialah ziarah di rumah cikgu-cikgu SKSP yang tinggal di kawasan Pt Sulong. Ada 10 orang semuanya yang duduk di Pt Sulong. Ramai tu! Tahun lepas kami ziarah ke rumah guru-guru SKSP yang tinggal di kawasan Yong Peng, Pt Yaani.

 
Berbaju kurung warna cerah kiri sekali Guru Besar En Ali Bin Sarmin di rumah Cikgu Norasyikin Razali.
Rumah Cikgu Ali, Cikgu Miswan dan Cikgu Khairul aku terlepas sebab berkejar ambik sate dan kuih-muih
di rumah orang-orang yang membuat juadah tersebut.

Di rumah Ustaz Syukran

Di rumah Ustaz Syukran

Rombongan SKSP tiba di rumah Cikgu Zulkeflee Rahmat

Di rumah Cikgu Mohd Sahid Ismail. Tuan rumah sedang berucap mengalu-alukan kami.

Rombongan tiba di rumah kami. Pertama menjejakkan kaki Hjh Masriah dan Suami
Hj Mohd Zakaria Marsam.

Entah apa yang mereka fikirkan. (Masih di rumah aku)

 Guru-guru perempuan dan isteri cikgu-cikgu lelaki

 Mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan semua orang Islam

 Rumah Cikgu Maryati di kawasan Mesjid Pt Sulong



 Suami Cikgu Maryati Imam 1 Pt Sulong.

 Program marhaban berakhir di rumah Cikgu Saim jam 3.15 petang tadi.



 Cikgu Mohd Saim Buang.


NASI KERABU

Juadah khas ciptaan Ustaz Syukran dan Cikgu Zulkeflee. Makan berat di rumah terakhir Cikgu Saim.
Jamuan gabungan bersama cikgu-cikgu SKSP yang tinggal di Pt Sulong.

Jumpa lagi Tahun Depan Insya Allah bagi cikgu-cikgu yang tinggal di kawasan Tongkang Pechah dan bandar Batu Pahat.




Terlanjur cerita fasal raya...ni aku upload video pada Hari Raya Kedua di rumah aku.
Kumpulan Baraan tempat aku telah sampai, dan kelihatan sikecik Aliff Iskandar
berada di celah-celah tetamu. Tu yg video ni macam kelam-kabut sikit tu


Ini pula ketibaan kumpulan Baraan Wanita Simpang Tiga di rumah kami.
Malam Raya Kelima yang lalu. 


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.kira tabikla kat hangpa semua!!sama-sama marhaban kat rumah teman-teman sekerja!!rasa rapat tali persaudaraan sesama teman sekerja!!
2.kalau beginilah caranya!!tak dak sapa yang akan iri hati bila diumumkan anugerah cemerlangka!guru cemerlangka!!diri yang berada jauh diutara ni!!rasa terharula pulak!!

mak encik | SZ berkata...

seronok berkumpul ramai2...
anak masing2 dah besar ye cikgu?
tak nampak mengelek anak kecik..eheehe

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Bestnyaa... Aku tak berpeluang lg buat mcm ni. Diorang semua (kengkawan lama) dah marhaban kat area JB time aku seminggu kat Kg itu ari.

Mat Som Sadona berkata...

Sdra Angin Lalu

Kalau nak tenang2 duduk di utara atau pantai timur.

Kami di Selatan ni hari raya betul2 sebulan. Nasib baiklah kilang krepek bersepah di sini. Kadang2 org beraya sampai masuk bulan Zulkaedah.

Oh...setakat ni memang tak ada yg irihati apb dapat anugerah cemerlang. Sebab ada yg ada kebun sawit, dan ada juga yg berniaga.

Kalau ingin merasa beraya di Johor datanglah sini pada hari raya minggu pertama...

Datanglah...kecik tapak tangan. Sungai Simpang Kiri saya TADAHKAN!
Pasti gempak.

Mat Som Sadona berkata...

SZ

Ya memang seronok....dan happy..

Yang ada anak kecik ada 3 0rang. Tapi jauh dari lensa kamera saya.

Mat Som Sadona berkata...

Bermarhaban di kampung tu dah kira ok sangat.

Apa kata tahun depan, ikut bermarhaban dengan penduduk setaman.

Memang mengeratkan hubungan sesama jiran. Hari biasa susah nak bersembang.

~ Mummy Gee ~ berkata...

ternampak pecal tu terasa nak makan sekarang gak... cam ni esok kena buat ni...

en_me berkata...

meriah neh kang.. alhamdulillah

Mat Som Sadona berkata...

Mummy Gee
Tu bukan pecal

Ia bahan2 yg akan digaul dgn kerabu dan nasi kerabu.

Ia bukan daun ubi
Tapi daun ulam yg dipotong kecil2

Kalau buat pecal
Pasti ingat org tua kita

Mat Som Sadona berkata...

En Me lagi meriah
Raya sampai sempadan Siam lagi