Kisah ini diceritakan oleh seseorang kepadaku kira-kira tujuh tahun dahulu. Lelaki itu memang suka bercerita. Kalau dibukukan pasti sudah ada berpuluh- puluh buah buku yang diterbitkan.
Arakian, maka dia bercerita.......
Terletak di daerah Madiun, Jawa Timur tinggal sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Kehidupan mereka serba kekurangan. Sarapannya hanyalah ubi bakar dan kadangkala tidak makan langsung. Keperitan itu menyebabkan suami ingin sekali mencari pekerjaan di Malaysia.
Setelah didapati isterinya, Sutirah hamil dua bulan Gono memberitahu isterinya yang ayu bak Revalina S Kemat itu akan hajatnya bekerja di Malaysia.
Oleh sebab Sutirah memahami situasi keperitan hidup dia pun reda suaminya akan meninggalkannya. Gono telah berjanji akan pulang enam bulan kemudian iaitu sebelum anak sulung mereka lahir. Sutirah pun faham bahawa kos kelahiran di negaranya begitu membebankan rakyat umum(kira-kira RM 800 di hospital kerajaan).
Maka Gono pun berangkat ke Malaysia dan mendapat pekerjaan di ladang kelapa sawit. Setelah enam bulan, dan setelah berjimat-cermat hinggakan dia makan nasi berlaukkan telur dan kicap sahaja, maka Gono telah dapat mengumpulkan duit sebanyak RM 4000. Pada sebelah malam pula, dia bekerja membasuh pinggan di restoran di pekan itu.
Maka setelah cukup enam bulan, dia pun pulang ke desanya. Alangkah gembira Sutirah dengan kepulangan suaminya. Perutnya semakin memboyot dan menunggu masa sahaja beberapa minggu lagi untuk melahirkan cahaya mata pengikat kasih sayang mereka.
Malam itu setelah berehat-rehat di kamar tidur, Gono bertanyakan akan kandungan itu.
" Bagaimana keadaan anak kita, pastinya kamu selalu ke klinik?"
" Semuanya bagus kang mas, tetapi itupun atas jasa baik Pak Sriwijoyo"
" Kenapa dengan Pak Sriwijoyo? Pak Dukun itu maksud kamu?"
" Begini Kang Mas, dulu waktu saya berjumpanya kerana kandungan ini, dia mengatakan anak kita ini cacat, tidak punya tangan sebelah kanan..."
" Lalu....?" Gono sudah mula suspen sekali.
" Dia kata jangan bimbang, masalah itu gampang sekali..."
" Apa yang diperbuatnya?"
" Dia meng XXXX saya beberapa kali, supaya tangan sebelah kanan anak kita tumbuh...dan syukur atas susah payahnya, kini anak kita sudah sempurna, tinggal sahaja ia dilahirkan"
" Sutirah, kamu tahu apa yang kamu ucapkan itu!? Dengan ini Kang Mas ceraikan kamu dengan talak 30! Aku tidak mahu melihat isteri bodoh seperti kamu lagi!"
Adus....sejak itu Gono lari ke Malaysia, dan kini entah di mana dia!!!
9 ulasan:
Astagfirllahalazimmm........
waduh waduh
apa apa an saja kamu ini...(^_^)
Lohhhhhh...kok goblok temen tohhhh.
Miss Miror, Cikgu Noorgie
agak2 cerita ni diluluslan oleh Finas tak?
Lek Nggolek bojo ojo oleh sing guuuuoooblog koyo Sutirah.
talak 30? hahaha...
Kerana marah banget, sampai terlepas ke 30 talak, CINA BUTA pun pening kepala
Aku ceritakan kisah ini utk mengingatkan isteri2 di Malaysia ini, bahawa mereka sungguh bertuah dan patut bersyukur. Ini kerana di Indonesia ada isteri yg ditinggalkan selama setahun, dua tahun, tiga tahun malah ada yang sampai 10 tahun oleh suami mereka. Sehingga anak tidak mengenali bapaknya.
Maka bersyukurlah kamu kerana suami sentiasa di sisi. Setakat mereka pergi mengeteh tu janganlah ditegah.
Ermmm.....hahaha..boleh lulus tetapi dengan beberapa adegan terpaksa dipotong...huhuhu
Catat Ulasan