Rabu, 25 Ogos 2010

PROTOKOL DALAM KEKELUARGAAN DAN PERGAULAN


Zaman kita kecil dahulu, kita diajar protokol. Bagaimana harus adik memangggil abang.
"Abang Man"
" Kang Man" (Jawa)


Jika memanggil kakak kita pula
" Kak Ita"


Juga apabila kita memanggil sepupu kita.
Ada yang dipanggil Abang, atau Kakak. Dengan Makcik kita panggil Cik.


Sekarang, kita harus meneruskan budaya itu. Usahlah ajar anak kita dengan budaya sesat dan
tidak ada nilai kelembutan langsung.


Dulu kalau panggil nama sahaja kepada abang kita, kita kena tegur.




Sekarang apa sudah jadi? 


Contoh yang paling popular:


" Apa khabar bro?"
"Gua mau pergi rumah Lu!" 


Media massa kita, televisyen dan radio pun sudah terikut-ikut dengan bahasa yang agak kesat itu.
Lalu ke mana haluan bahasa indah kita?


Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa


(akan hanya tinggal kenangan)


Kini ramai orang yang lebih tua daripada kita
yang memendam rasa
 kerana mereka sudah tidak dihormati.
Seenak-enaknya kita memanggil mereka
" Kau, aku".


Lebih malang lagi, ramai sudah isteri memanggil suami mereka"Kau"

8 ulasan:

en_me berkata...

kabare kang matsom ittewww.. ehehe

MSOM berkata...

Oh En Me lebih muda daripada saya rupa2nya.......!

mak encik | SZ berkata...

slalu sy panggil je sumer orang "kakak" utk wanita la... klu tak tahu lebih tua ke muda..dah sembang2 br tanya umur..hihih

MSOM berkata...

sz/m.s.s,
Kalau ada org lebih tua daripada Puan, panggil puan KAKAK ....agak2 rasa sedih tak? Kalau tak,maknanya kita boleh panggil semua org prempuan dengan panggilan KAKAK.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Actually kita panggil seseorg yg bukan muhrim tu BRO bukan la salah mana pun... kalau berabang2...mcm tak manis plak...sbb kita kan dah kawin... Boleh panggil abang...tp intonasi jgn terlampau lembut...nt menimbulkan fitnah...

"ya bang... ya bang.." aduhaiii gugur jantung yg mendengarnya...

MSOM berkata...

Kalau perempuan panggil lelaki, panggillah sdra, .......

kalau lelaki panggil perempuan, panggillah sdri....

bro, tu macam beruk

Mama Miraki berkata...

kalau yang org tak kenal..selalu sy panggil "Puan" untuk wanita dan "Encik" untuk lelaki. kadang2 ada perempuan yang tak suka dipanggil "Kakak"..maklumlah...tak nak jadi tua mungkin...lepas tu kan kalau nak panggil lelak tak kenal tu "abang" rasa pelik plak kan....hehehhe

MSOM berkata...

Jadi apa panggilan utk lelaki yg tak dikenali? Susah juga rupanya.
Panggil ...er apa ...Tuan kut?