Sabtu, 21 Ogos 2010

HARGA BAWANG NAIK, TAK ADA SIAPA PUN NAK BISING!


Baru beberapa bulan lalu harga bawang putih ni Sekilo RM 6.00,
tiba-tiba kini melambung ke RM 10.00 sekilo? Dahsyatttt!

Aku kalau tak ada kelas tambahan, biasa cari bawang di pasar Pt Sulong ni. Sebabnya,
bawang dia nampak cute dan bersih. Tetapi alangkah terperanjatnya aku, bawang yang biasa berharga
RM 4.00-RM 5.00 kini sudah naik jadi RM 9.00!


Akhirnya aku belilah bawang yang tak berapa comel ni. Bawang ni pun dulu cuma berharga RM 2.50.
Pelik juga kita ni, gula naik orang bising, minyak naik orang melenting, tetapi bawang yang kita guna hari-hari ni naik, kita tenang sahaja?

13 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

banyaknyaaa kenaikan tu cikgu msom!
rasanya tak semua tempat naik gitu kot...tu yg tak perasan tu...

NoorGie berkata...

Eh ye ke Mr Som...
saya pun tak berapa nak perasan la harganya naik...

MSOM berkata...

sz/m.s.s
biasa orang beli mana ada tanya harga....? Main masuk plastik, kemudian bayar kat kaunter

MSOM berkata...

Cikgu NoorGie,
Tak percaya tanya peniaga runcit tu, mereka tak akan lokek bercerita kerana harga bawang dipengaruhi oleh pasaran.

Kalau bilis lagi ngeri....yang harga RM 12.00 sekilo mana ada lagi?RM 25, RM 32 .....!

Yang perasan ialah peniaga makan, sebab mereka beli ikut guni bawang.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Semua barangan naik...aku pun naik pening dan naik darah. Gaji naik setahun sekali tapi barang keperluan asyik nak naik jerr... Kalu dah naik tak ndak turun plak tuuu...ana banyak feninla...Masyaallah.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Bawang dlm gmbr tu memang cute.. Klu bwng naik...takpe.. apa kata kau makan ulam dgn sambal belacan, ikan tu pun kau goreng je dgn kunyit, jadi minimize sikit penggunaan bwng...hahahhaha...

Mama Miraki berkata...

memangbawang dah naik harga..tapi sebab dia buka barang kawalan sesuka aje dia naikkan. Selain tu ayam pun naik harga dah...sekarang ni 1 kg kat sin dah RM7.80...biasalah diaorang ni nak raya semua naik...

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,

Usah Fenin-fenin,
nanti darah naiklah pulak,
isteri pula yg susah

MSOM berkata...

Miss Miror,
Aku rasa nak tanam sendiri bawang merah ni

MSOM berkata...

Mamamiraki,
kita terima saja semua kenaikan harga itu,
nak buat macamana?
terima ajelah

en_me berkata...

muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alamin

MSOM berkata...

Ya En Me,
agar kemakmuran terus menjadi milik kita....Aminnnnn

Toshio (Zharfan) berkata...

Masalah besar bagi peniaga nasi lemak. Lagi cepat bangkrap peniaga nasi lemak sebab bawaang dah mahal.

Bawang sangat penting untuk peniaga nasi lemak. Ia merupakan bahan utama dalam sambal nasi lemak.

Dalam kes ni, kita terpaksa beli nasi lemak dengan harga mahal sebab bawang mahal.