Memperkenalkan produk di parti, di mana prospek berkumpul di sesuatu tempat, biasanya di rumah salah seorang ahli baru syarikat M.L.M yang kita sertai. Dan ia menjadi salah satu kunci kejayaan seorang usahawan M.L.M.
Beberapa panduan berniaga secara parti adalah seperti berikut:
- Jika ada 10 orang sudah sangat memadai. Jika ramai sangat akan menyebabkan majlis jadi hiruk-pikuk, akhirnya mood kita pun terganggu.
- Kita bawalah dua jenis makanan ringan untuk tuan rumah. Juga kos untuk gula, teh dan sebagainya.
- Masa yang dipilih mestilah sesuai, iaitu tidak bertentangan dengan majlis penting di tempat itu.
- Kita mestilah sediakan produk paling kurang dalam nilai RM 1000.
- Kita kena sediakan sekurang-kurangnya LIMA STARTER KIT untuk ahli baru.
- Kita haruslah memperkenalkan TIGA produk yang terlaris sahaja. Kerana kalau banyak sangat, nanti orang yang mendengar akan bosan dan buang masa. Akhirnya sorang demi sorang balik, nak masaklah, nak ambik anak tusyenlah dan sebagainya.
- Setiap orang yang datang telah diberi sedikit sample, mereka kenalah merasa, memegang, melihat, cium baunya supaya kelima-lima panca indera telah menyaksikannya.
- Kita sebagai penceramah mesti sampai SATU JAM lebih awal daripada mereka.
- Meja kita alaskan dengan alas meja yang nampak eksklusif seperti baldu, baru nampak produk itu hebat dan bermutu tinggi.
- Cara agenda parti itu> Perkenalkan diri dan syarikat, pembuka kata, dan cerita faedah-faedah-faedah-faedah produk dan testimoni> melakukan demo produk> dan tutup jualan dengan mudah
- Pesanan akhir, "Ramai lagi yang berharap-harap, mencari-cari peluang perniagaan, pendapatan kedua, mengapa merayu-rayu orang yang tak sudi menjadi tajaan kita?" -Motivasi dan tip diadaptasi daripada karya Razzi Arramansur dan upline aku yang terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan