Sawah padi Di Pt Jayus tahun 1980
Apabila aku paparkan gambar ini di FB, ada orang-orang Seri Medan yang tidak percaya, di sini pernah ada sawah padi. Dan mereka juga tak percaya, bagaimana pada tahun 1980 tu abang aku sudah ada kamera. Aku ingat lagi, seorang abang aku tu ada kamera paloroid, tangkap gambar dan terus keluar sekeping gambar yang dah siap, tak payah cuci-cuci. Sebabnya masa tu dia kerja di Singapura, jadi apa-apa teknologi kamera dia cepat dapat. Sorang lagi abang aku ada meminjam kamera kawannya, aku ingat lagi flashnya yang siap pakai terus buang. Ada 4 flash untuk 4 kali tangkap gambar. Apabila flash menyala je, terus terbakar dan guna yang sebelah lagi. Kalau aku bongkar album-album silam mereka berdua, tentu banyak lagi gambar yang klasik....Tetapi rasanya dah banyak yang reput, kerana tak terjaga.
7 ulasan:
Wah sangat nostalgik ni..bukti sejarah yang patut dijaga untuk generasi akan datang..
kang, kena letak gmbr dulu dan gambr sekarang baru org leh pecaye.,
tu gunung kat bakang tu apa namneyer erk? mcm wak nak daki jeeer.., ehHHeee
saya dulupun anak petani juga, kdg2 rindu kisah2 lama
Che Mid sawah tu dah tak ada
semua dah jadi ladang sawit
GuNung Mak Okil namanya wak
Tapi saya rasa tempat tu tak lawa sgtlah wak
Kecik2 dulu saya selalu ke sana
Byk pacat wak
UA
mAKIN TUA makin ingat zaman dulu
KNOR PUN ANAK PESAWAH..SEMPAT TANGKAP IKAN AJE
Catat Ulasan