MINIT MESYUARAT PANITIA
BAHASA MELAYU SK SERI PASIR
KALI PERTAMA BAGI
TAHUN 2014 
Tarikh: 27 Disember 2013
Masa:  11.00 – 12.00
tengah hari
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran: 
1.      
En Mat Som B Sadono (Ketua Panitia)
2.      
En Zulkeflee B Rahmat
3.      
Tn Hj Mohd Saim B Buang
4.      
En Burhan B Md Yussof
5.      
En Jamal B Adenan
6.      
En Ahmad Salleh B Suraimi
7.      
Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8.      
Pn Azizah Bt Osman
9.      
Pn Siti Hawa Bt Ahmad 
10.  
Pn Noreha Bt Awi 
11.  
Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)
| 
BIL | 
PERKARA | 
| 
1. | 
Ucapan Pengerusi 
Pengerusi mengucapkan ribuan terima
  kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali
  pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014. | 
| 
Tindakan 
Pengerusi | |
| 
2. | 
Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu 
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan
  minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan  dan sebulat suara. | 
| 
                                                                              Tindakan 
                                                                              Pn Siti Hawa Bt Ahmad | |
| 
3 | 
Perkara –perkara berbangkit: 
3.1- Analisis keputusan UPSR 2013 
3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah
  atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas
  Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala bagi kertas Penulisan
  mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu peningkatan
  sebanyak  14.4% berbanding tahun 2012.  
3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang
  dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut: 
Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100%
  menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak 67.80% 
Kertas Penulisan pula sasarannya ialah
  94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%. 
Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan
  UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR
  2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.  
3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014
  adalah seperti  berikut. Pemahaman
  94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A 
  10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A
  15.25%. 
Justeru itu, bagi kertas Pemahaman
  memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan
  kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut. 
3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini
  tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.  
-         
  Pengurusan
  Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah dari  segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan
  mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas 
-         
  Panitia
  – Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan
  program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk
  tahun 2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah: 
a.      
  Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
  (Penulisan) 
b.     
  Program 3P 
c.      
  Program Menyalin Karangan 
d.     
  Zoom A 
e.     
  Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas 
f.       
  Penggunaan Akhbar Didik 
g.      
  Kelas Malam 
h.     
  Teka Silang Kata  
-         
  Guru
  – Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa bagi
  mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan. 
-         
  Pelajar-
  Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan motivasi.
  Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan
  pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling. 
-         
  Ibu-bapa-Ibu
  bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar menjawab Zoom A.
  Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak
  berfaedah. 
                                                                Tindakan 
                                                                Semua Pentadbir,  ibu bapa,  Guru Kaunseling, guru Bahasa Melayu yang terlibat | 
| 
4. | 
Perkara-perkara Yang Dibincangkan: 
4.1 – Sukatan Pelajaran, Huraian
  Sukatan dan Rancangan Tahunan 
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah
  disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang mula menggunakan kurikulum baru  KSSR. 
4.2 –Pn Azizah Osman – Jumlah murid
  Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9
  orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya ialah
  sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya telah
  melepasi sasaran.  
4.3 – Pemulihan- Pn Maryati Salim
  menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang
  lemah ke kelas Pemulihan. 
4.4 – KSSR – PBS kini telah sampai ke
  Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan
  fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-markah dalam system
  online PBS apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan.  
4.5 – MBM/MBI – Program MBM/MBI akan
  terus dijalankan terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi
  memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah ini. Ini akan
  digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari Kemerdekaan dan
  sebagainya. 
4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu
  mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk
  murid Tahun 5  dan 6 sahaja. Pemantauan
  akan dijalankan oleh pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua
  kali setahun.  
4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya  (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku
  aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6
  pada awal Januari 2014. 
                                                                       Tindakan- Semua guru Bahasa Melayu yang berkenaan | 
| 
5. | 
Hal-hal lain: 
5.1 – Pengerusi meminta guru-guru yang
  memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru
  melalui sumber kewangan panitia yang ada. 
5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku
  rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi kegunaan guru. 
5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan
  tentang Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama
  seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini. 
5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang
  Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula Januari. 
5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh
  dijalankan adalah setelah menerima surat daripada PPD.  
                                                                        Tindakan 
                                                                        Semua guru Bahasa Melayu | 
| 
6. | 
Penutup 
Ucapan penangguhan oleh En Zakariah
  Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan
  dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar.   
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12
  tengah hari | 
Disediakan oleh:                   Disemak oleh:                           Disahkan oleh:        
lihat MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2015 PULA-KLIK
lihat MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2015 PULA-KLIK
1 ulasan:
Assalamualaikum, cikgu. Terima kasih atas perkongsian ini. Sekarang ni minit mesyuarat perlulah mengikut SPSK kan. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.
Catat Ulasan