Jumaat, 4 Februari 2011

MANGSA-MANGSA BANJIR DI SERI MEDAN

Petang ini MASROM JAIS mengajak aku ke SERI MEDAN.


Ketika kami sampai di pusat pemindahan banjir di SMK SERI MEDAN,
kanak-kanak ini sedang menjalani aktiviti agar mereka tidak bosan tinggal di sini.
Maklumlah biasanya kalau di rumah macam-macam mereka boleh buat. 

Aku tak dapat membayangkan bagaimana siksanya menjadi mangsa banjir.
Sabarlah saja pak cik, makcik, adik-adik.

Masrom pernah menjadi mangsa banjir di Kota Tinggi pada tahun 2007.
Sebab itulah pada kesempatan balik kampung ni, dia beria-ia mengajak aku ke sini.
Di samping nak tengok sekolah lama yang sudah 25 tahun ditinggalkan.

Jalan-jalan di Pekan Seri Medan dipenuhi kereta penduduk.
Pusat pemindahan banjir juga kelihatan di Sekolah Agama Seri Medan dan SK Seri Medan.


(Gambar FB dari Jailani Lanique)
Kesian rumah adik aku S.A dan Mr Ros.....
Sabarlah adikku........

Tiada ulasan: