Rabu, 23 Februari 2011

KUSANGKA PANAS ....

.....hingga ke petang, rupanya hujan petang-petang ini. Cuaca panas sejak banjir berakhir tempoh hari bahangnya ibarat panas di Etophia. Terasa kulit ini seperti dipanggang di atas bara api oleh spesis manusia kanibal  pada zaman pra tamadun. Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan kini zaman materialistik dan lipstik chopstik.


     Pohon-pohon bersyukur memuji rahmat Illahi. Manusia-manusia berlari, kerana takut terpijak rahmat (hujan) yang sekonyong-konyong menerjah kedamaian senja ini. Walaupun kehadiran hujan bak mutiara itu merencatkan rancangan aku untuk menjajah warung-warung dan kedai makan dengan Kopi Walit, aku reda, kerana hujan petang ini amat diperlukan untuk meneutralkan emosi-emosi manusia marhain yang menerima tekanan daripada pelbagai arah.

      Kipas yang berpusing pada ukuran 5, seolah-olah tidak bermakna. Seperti ia mengiayakan pegangan orang aneh di Amerika yang Kiamat akan berlangsung pada tahun depan. Kita orang Islam tidak boleh mempercayai itu semua.

     Dulu aku selalu berangan-angan, kalaulah tiba-tiba aku menjadi kaya, negara yang ingin aku lawati antaranya New Zealand. Sebab selalu aku melihat iklan susu yang berlatarbelakangkangkan ladang yang hijau dan gunung-gunung yang cantik. Malangnya berita gempa bumi di Crischurch itu agak menggerunkan aku. Selalu aku bayangkan, bagaimana kalau aku tertimbus di bawah runtuhan dinding batu yang besar, atau ketika gempa bumi itu aku tersepit di dalam lift seorang diri. Menjeritlah sekuat-kuatnya....siapakah yang akan mendengarnya. Lalu kita menanti saat kematian menjemput kita.

     Malaysia masih disayangi Allah. Namun jika terus membiarkan maksiat berleluasa, kita juga akan menerima bala yang tak terfikir oleh fikiran kita. Oleh itu, marilah sama-sama mencegah segala kemungkaran yang berlaku di depan mata kita sama ada dengan suara atau kuasa yang kita ada.

     Semoga bumi Malaysia terus aman, damai dan diberkati-Nya.

2 ulasan:

Hafriz Mohamad berkata...

Amiin..
smoga Allah slamatkan bumi Malaysia dr sbarang malapetaka.. dan lbih2 lg smoga Allag slamatkan hati2 kita dr ancaman marabahaya... T_T

MSOM berkata...

Hafriz,
Insya Allah ....ALLAH memperkenankan doa-doa kita....