Ahad, 27 Februari 2011

PERHIMPUNAN HINDRAF KALI KE 2

Aku baru saja balik daripada mengambil anak tusyen. Nampaknya polis buat sekatan jalan raya di jalan utama ke arah Pagoh. Lalu aku tertanya-tanya, adakah pihak Pakatan Rakyat nak buat perhimpunan? Rupa-rupanya setelah dicari dalam Google, akibat daripada kenyataan HINDRAF 

Jika jalan di depan taman perumahan aku ada kawalan ketat polis, itu menunjukkan ada yang tak kenalah tu. Ini bukan soal ada pembunuhan atau kes rompakan di sekitar sini. Simtom-simtom ini sejak perhimpunan Anwar 1998 di Kuala Lumpur lagi dah.

Apa lagilah yang mereka tak puas hati? Takkan fasal Interlook? Adakah mereka mendapat ilham dari Asia Barat.....

Semoga tidak akan berlaku kejadian yang tidak diingini esok di Kuala Lumpur.

5 ulasan:

aza ni berkata...

semoga libya, mesir tak berlaku disini.

mak encik | SZ berkata...

harap semuanya ok saja...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

"Bila kaduk dah naik junjung"..."Beri betis nak peha"...

MSOM berkata...

SZ, AZANI dan WKL
Dah menghendap blog mereka tadi,
ratus sahaja yang dapat dtg.
Nampaknya ramai dah serik masuk lokap.
Duduk rumah tgok Hindustan lagi best.
Pendek kata, perhimpunan kali ini gagal.

aza ni berkata...

salam MSOM
Alhamdulillah