Apabila BULETIN UTAMA TV 3, menyiarkan guru-guru SK SERI PASIR dan SK SEDAYUNG mengajar murid-murid mangsa banjir 2011 di Dewan Seri Medan pada 7 Februari, ada suara-suara sinis daripada guru sekolah lain di daerah Batu Pahat, mereka kata itu hanya lokanan sahaja, untuk mengaburi mata Timbalan Menteri Pelajaran yang datang melawat pada hari tersebut. Sampai hati mereka kata begitu!.....Kalau tidak melihat sendiri, janganlah membuat telahan dan fitnah begitu.
Ni....bukti, hari yang keempat, Khamis 10 Februari 2011. Tidak ada sesiapa pun yang menjengok kami di dewan itu. Cuma ada aku sebagai blogger picisan, yang mengambil gambar secara candid. Cikgu-cikgu hebat kami tetap mengajar dengan gigih......
Ni Hjh Janatu Sapuan....bekas-bekas muridnya pasti mengakui kerajinan beliau....
Cikgu muda, Cikgu Fatihin, guru Bahasa Inggeris....
Cikgu Azizah mengajar Linus
Di Batu Pahat ni siapa yang tak kenal cikgu cemerlang ni. Cikgu Khairul Anuar Abd Manap.
Cikgu Bahasa Inggeris yang telah menaikkan kelulusan sekolah lamanya, Bahasa Inggeris 100%
tiga tahun berturut-turut...kini berada di SK SERI PASIR.tengok tu, tak ada orang pantau pun alat bantuan mengajar tetap digunakan.
Puan Tuan Pauzizah ketua panitia Agama Islam
Pn Hjh Aishah bekas pelajar SMK CONVENT, Melaka
bukanlah calang-calang guru Bahasa Inggeris....
23 ulasan:
Hmm... sabar je la.
MSOM : saya nak kenal la Cikgu khairul anuar ni...nak timba ilmu..nak jadi sehebat dia...hidup english teacher hehehee
Biasalah Sam,
Kat dunia ni ada sejenis manusia yang kerjanya tak ada lain:
MENGOMEN, KOMPLEN tapi tak pernah nak mengakui usaha2 baik yg orang lain telah buat, termasuklah
ANGINLALU yg selalu bercakap kat chat coner aku tu.
Norgie,
Cikgu Khairul merupakan GURU INOVATIF DAN KREATIF 2010 (PADA PERINGKAT KEBANGSAAN).
Nak kenal dia memang payah, sebab dia tak ada facebook, dan blog. Penat dah saya kempen.
Kehidupannya fokus untuk mengajar. Sanggupkah Norgie buat macam yg dia buat?:
1. Mengadakan kelas malam seminggu 3-4 kali secara percuma?
2. Sabtu dan Ahad juga dia mengadakan kelas tuisyen, pagi, petang, malam....!
Cikgu Hjh Janatu Sapuan adalah rakan sekelas saya di SDBL lebih tiga puluh tahun yang lalu..
alhamdulillah...
tak terbalas jasa cikgu/guru2 ni...
:)
MIE,
Lama betul 30 tahun tu.
Nanti saya ceritakan kepada beliau akan hal itu.
Insya Allah SZ.....banjir ke, ribut taufan ke, kita kena jalankan tugas dgn ikhlas.
Mmg ade jenis manusia yg sifatnya suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara... Biarkanlah mereka dgn labu2nyer...
Yg penting usaha gigih Cikgu2 semua di tengah2 kesusahan yang dihadapi pastinya merupakan usaha2 murni yg hanya Allah yg layak membalasnya...
Tkasih Senduduk Putih atas sokongan Tuan!
salam ms
biar apa org kata ...tapi Allah Maha Mengetahui
teruskan usaha murni...
sodeyy kanns.. uhuhu
Azani,
Betul sungguh kata2mu,
Kalau semua apa yg kita buat hanya utk keredaan Allah,
Kita tak akan peduli apa yg manusia yg akan kata.
En Me,
Memang sedih dan terkilan tawwwwww
Sabar Msom. Itu cakap mulut orang tak de insuran. Itulah manusia yang berhati busuk dan pengkhianat profesionnya sendiri.
dorang yang kata orang berlakun tu lah yang lebih suka 'berlakon' kan?
Sdra Matsom,
Tempoh sebenarnya ialah 36 tahun (Ting. 4, 1975) yang lalu. Tanyakan padanya ingat tak dengan Cikgu Peace Co dari USA iaitu Mr Larry. Kalau dia nak emailnya, saya ada. Boleh beremail dengannya dlm BM kerana dia masih boleh mengingatinya.
En Bahreyn,
Salah sangka sebab selalu yg terjadi dlm masyarakat kita, apabila ada menteri atau sultan nak datang, maka malam2 buta pun JKR menurap jalan. Dan macam2 pembangunan mi segera. Namun mengajar budak2 mana boleh tipu, tak percaya temu ramah budak2sendirilah.
"Cikgu ajar masa Menteri datang aje ke dik?"
Budak2 macam tu kan masih lurus lagi.
Lu Luth,
Tkasih atas kunjungan sulong ke blog saya.
Mental memang mau kuat. Kalau tak kita mati dik omongan orang.
En Mie,
1975 tu saya masih darjah 3...lama bener itu.
Pasti esok saya akan bertanyakan hal itu kepada Cikgu Janatu.
Cuma pelik bagaimana En Mie dapat menerobos ke blog saya ini...?
Sdra Matsom,
Memang satu tempoh yg lama, mungkin dia tak ingat saya, tapi saya ingat kat dia kerana namanya yg unik.
MSOM
SAYA MENGAKU MMG TAK BOLEH NAK BUAT KELAS2 MALAM SEHEBAT DIA...MAKLUMLAH TERIKAT NGAN ANAK2..SETAKAT NI SAYA HANYA BUAT KELAS SIANG SAHAJA...SAYA CUMA NAK BERKONGSI KISAH, CARA SERTA BAHAN P N P NYA YANG UNIK SUPAYA SAYA BOLEH GUNAKAN DALAM KELAS BAHASA INGGERIS SAYA...YANG PALING PENTING SAYA NAK BUAT ANAK MURID SAYA MINAT ENGLISH & NAIKKAN % MEREKA DALAM PEPERIKSAAN..KALAU LAH DIA ADE EMAIL, SAYA NAK BER'EMAIL' DENGAN DIA....
Esok saya tanya dia. Macam tak pernah sebut dia ada e-mel.
Catat Ulasan