Sabtu, 26 Februari 2011

BISNES DARI RUMAH

Setelah aku membaca buku BUAT DUIT DARI RUMAH, aku cuba mempraktikkan antara cadangan yang diutarakan oleh penulis buku itu. Iaitu melakukan bisnes MAIL ORDER. Melalui iklan murah di akhbar tabloid, aku telah mula menghantar produk melalui POS LAJU. Kerana di Pt Sulong ini belum ada lagi pejabat Kurier yang lain.

Dan bisnes ini memang sungguh menyeronokkan. Iklankan sahaja produk kita, dan mereka akan melihat blog kita, atau membaca keterangan hanya melalui SMS. Atau kita menghantar keterangan melalui pos. Alhamdulillah, sdra kita dari Kota Kinabatangan itu sudah empat kali melanggan produk yang aku tawarkan. Dan paling ramai pelanggan dari Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Mereka memang tak kisah.

Pendek kata bagi suri rumah di sana tu, kalian boleh lakukan bisnes ini. Tetapi jangan lokek nombor handphone, kerana ia sebagai alat utama. Kalau anda malu, gunakan sahaja nama suami anda. Antara kerja-kerja yang perlu dibuat ialah:
  1. Kita sediakan satu produk yang unik, dan keuntungan haruslah berbaloi setelah ditolak kos penghantaran. Jika keuntungan tidak berpada, kita akan lemah semangat. Dan yang penting pelanggan sangat berpuas hati terhadap produk tersebut. Sebaiknya antara kita dan pelanggan menang-menang.
  2. Setelah kita mempunyai produk yang boleh diketengahkan. Buatlah iklan. Banyak akhbar harian dan akhbar politik dan tabloid termasuk kisah hantu, boleh kita iklankan produk kita. Kenalah modal. Pengiklanan itu akan menambah pendapatan kita. Baca iklan-iklan di akhbar itu, bagaimanakah mereka membuat ayat-ayat power.
  3. Apabila dah ada respon dari prospek, pandai-pandailah kita melayan mereka dengan cara yang paling profesional. Yakinkan mereka bahawa kita adalah manusia yang jujur.
  4. Setelah mereka membayar melalui akaun bank kita, secepat yang boleh kita poskan produk kita itu.
Itu sahajalah keterangan ringkas yang dapat saya beri Puan-puan. Ingat, tugas kita, cari produk unik, iklankan, layan pelanggan, bungkus produk, hantar produk, dan check produk dah sampai ke belum seperti gambar di atas tu. Apabila produk dah sampai ke tangan pelanggan, barulah kita rasa puas, apatah lagi pelanggan mengucapkan terima kasih berkali-kali kerana puas hati terhadap produk dan perkhidmatan kita.

Akhir kata, cubalah!

1 ulasan:

aza ni berkata...

salam msom
info baik
terimakasih