Rabu, 9 Februari 2011

MEREKA MASIH DI SITU-(PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SERI MEDAN)


7 Februari 2011, murid-murid menerima tetamu VIP En Fuad Zarkasi Timbalan Menteri Pelajaran. Turut bersama-sama beliau ialah
Pengarah Pelajaran Johor Tn Hj Markom Giran dan PPD Batu Pahat Tn Hj Shapie Md Shariff.

Panorama indah di sebelah Dewan Seri Medan

Selepas sesi pembelajaran, jam 10.00 pagi mereka bersarapan

Pokok-pokok di depan Dewan Seri Medan menjadi habitat burung perling. 
Teringat satu peristiwa...tahun 1981, aku dikejar seorang pengawas lelaki di sini. Sebab aku cabut dari sekolah.
"Hei...siapa nama kau?"
"Ah....aku tak tau!"
Ketika itu kawasan ini ada pokok ara yang besar.

Kicauan burung perling memeriahkan suasana

Di depan Sungai Simpang Kiri, berhampiran jambatan ke Pt Warijo

Guru-guru SK SERI PASIR, melayan murid-murid sewaktu rehat

Saat sebelum pembelajaran bermula

Secara keseluruhan, apabila aku menanya setiap murid, mana lebih seronok berada di pusat pemindahan banjir berbanding di rumah? Mereka kata tentulah DI RUMAH. Namun mereka sudah tidak ada pilihan. Nak tidur kat mana?

Walaupun musibah ini agak memeritkan, namun lebih kurang 200 pelajar SK SERI PASIR dan 50 pelajar SK SEDAYUNG dapat menjalani pembelajaran di dewan besar Seri Medan. Makanan disediakan oleh pihat pusat pemindahan banjir masing-masing. Antara pusat pemindahan banjir tersebut ialah SMK SERI MEDAN, SEKOLAH AGAMA SERI MEDAN, SEKOLAH CINA SERI MEDAN, dan SK SERI MEDAN.

Kini sudah tiga hari mereka belajar di sini.  Dan melihat banjir yang ada dijangka mereka akan terus belajar di sini sehingga Jumaat 11 Februari 2011 ini.

2 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ada tengok dalam bertia tv gambar2 ni. SKSeri Pasir tu jadi pusat pemindahan yea

MSOM berkata...

Bukan SK SERI PASIR Miraki.
SK SERI PASIR belajar di Dewan Orang Ramai Seri Medan.

SK SERI PASIR nya dah hanyut dibawak banjir....!