PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG AIR HITAM BATU 15 MUAR
Assalamualaikum. Saya dari Parit Sulong, Batu Pahat, Johor terpanggil datang ke FB Perpustakaan Negara, adalah untuk menjelaskan bahawa di tempat tinggal saya ini belum ada kemudahan perpustakaan.
Saya rasa sudah tiba masanya Perpustakaan Negara membuka cawangannya di sini. Untuk pengetahuan Tuan, di sekitar pekan ini ada tiga buah sekolah menengah, sebuah sekolah MRSM, beberapa buah sekolah rendah, sebuah sekolah tahfiz, sebuah Giat Mara, dan beberapa buah sekolah agama.
Pelajar-pelajar Institut pengajian tinggi juga, yang sedang bercuti di kampung memerlukan satu tempat untuk berbincang dan mengulangkaji. Pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang pada waktu tengah hari juga boleh menjadikan perpustakaan itu nanti sebagai tempat yang paling sesuai bagi mereka. Ini kerana kadang-kadang saya lihat ada antara mereka menjadikan perhentian bas sebagai tempat berbincang.
Demikian juga, ketika cuti, anak-anak warga Parit Sulong boleh menjadikan perpustakaan itu, sebagai tempat percambahan ilmu dan bukan memenuhi kafe siber yang mendatangkan lebih banyak keburukan. Rasanya sememangnya penubuhan perpustakaan di sini, sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Ini kerana Pekan Bukit Naning di Muar yang lebih kecil memiliki perpustakaan sendiri. Juga Seri Medan juga telah ada perpustakaan di sana...
Sekian, terima kasih.
Harap Maaf: ULASAN TIDAK DIBENARKAN KERANA ENTRI INI BERUPA PENGHARAPAN ADMIN SAHAJA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan