Sabtu, 28 Jun 2014
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA
Adik-adik rindu akan kakak mereka, menguatkan tekadku untuk memandu sejauh 260 km di sana, pertemuan selama empat jam sudah memadai, kerana mengejar waktu esok, jadi malam ni juga kami sudah berehat di rumah. Katanya, Kakak akan membeli makanan seawal malam untuk digunakan sebagai sahur esok pagi....kesian engko makan nasi sejuk. Belajarlah berdikari, sebab di asrama tidak dibenarkan memasak, mereka hanya boleh masak air.....Dan ini sebagai latihan untuk pembelajaran tahun depan di tempat yang lebih mencabar tentang hal-hal makanannya.
Ok.....Selamat Berpuasa buat semua teman blog, moga-moga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa-puasa kita yang lalu. Maaf atas segala silap dn salahku kepada anda semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Selamat berpuasa buat Cikgu sekeluarga..
Memang sedihkan mengenangkan anak jauh di sana, positifkan minda, biarlah mereka berdikari..
Bleh je kalau nak hangatkan nasi tu.. letakkan dia dkt2 dgn mug yg berisi minuman kita yg panas.. mesti akan kembali panas kot?. Ataupun.. sterikakan satu tuala good morning yg bersih, iron hingga jd panas.. pastu bolot pada tupperware yg berisi nasi tersebut. Hahaha.. entah apa2 je tip aku ni kan.. jgn ada kecederaan sudah. Just kidding... sila abaikan.
sahur minum air dgn kurma pun dah ok..roti pun boleh..tip MM tu abaikan jer..heheheh
selamat beribadah cikgu
selamat menyambut Ramadhan almubaraq Cihegu.....
salam ramadhan kang matsom tuu.,
Selamat berpuasa MS
Catat Ulasan