Ahad, 20 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN TONG SAMPAH BERODA

Prettttttttttttttttttttttttttt.......................................
Laporan dan Foto oleh : Ili Nabilah
PARIT SULONG : 20 April-Majlis Penyerahan Tong Sampah beroda Dan Kempen Anti Litter telah diadakan secara gilang-gemilang di Dataran Parit Sulong.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Majlis bermula jam 9.00 pagi ini telah dipenuhi oleh penduduk sekitar pekan Parit Sulong. Antaranya penduduk Taman Melati, Taman Teratai, Taman Raja Ahmad, Taman Jaya Diri, Taman Bintang, Taman Mutiara, dan lain-lain lagi.

Turut dijemput ialah wakil-wakil sekolah, masjid, Giat Mara dan lain-lain.

Dalam ucapannya Datuk Noraini menjelaskan SWM ENVIRONMENT SDN BHD akan memberi perkhidmatan sistem 2 + 1, yang bermaksud dua hari dalam seminggu sisa domestik (sampah seperti nasi,ikan dll) pihak SWM akan ambil. Sementara itu sampah-sampah pukal seperti pokok, perabot, pihak PTSPTA yang berperanan memastikan kawasan kita bersih, indah dan selesa. Apabila PTSPTA menerima aduan, masalah itu akan cuba diatasi dengan segera.

Datuk Noraini juga secara berseloroh berharap tong sampah yang diedarkan oleh SWM ENVIRONMENT tersebut digunakan dengan penuh berhemah. Usahlah digunakan untuk menyimpan beras, dan ada yang digunakan untuk mengutip kelapa sawit.


Antara wakil sekolah, Tn Hj Rahman Ithnain dari SMK PENGHULU SAAT...


 Mama.....
 Saluran 4 ke saluran 2 ni? Nampak Imam 1 Simpang Tiga termenung tu....
 Hish....macam nak mengundi pulak dah....

 Cepat...cepat bawak balik nyonya.....
 Bang....kuat tak angkat tong sampah tu?
 Saya ni ada kedai makan....jadi tong sampah ni akan banyak membantu saya...bla...bla...bla...
Dah berpuluh tahun saya duduk sini, baru nilah dapat tong sampah free....Dah banyak dah tong sampah yang saya beli pecah dan rosak sebab majlis daerah campak-campak, sebab tong sampah yang dijual di kedai kualitinya sangat rendah.
 Wakil-wakil Suara Simpang Kiri  

13 ulasan:

Mama Miraki berkata...

Jangan buat isi air pulak ye...heheheh

Mat Som Sadona berkata...

Untuk buat sembunyi pun ok ni.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Wah!. Siap ada majlis. Bagus tu.. bleh bg kesedaran. Kitorang punya... alih2 muncul depan gate tanpa diketahui bila tah diorang letak. Best yg beroda ni... ekslusif sikit, aku suka main tarik2 dgn penuh gaya bak pramugari menjijit luggage walau sekadar membuang sampah...kekeke.

Mat Som Sadona berkata...

Kalau ada kat kedai aku nak beli 5, utk 5 anak aku, baju2 dia orang boleh simpan situ tanpa perlu dilipat hahahaa

Kayu Manis berkata...

jgn lupa tanda sekali ye cikgu..."ni tong cikgu mat som punya,jgn nak pandai2 cilok.."heheh

Umialya berkata...

lewatnya dorg agih, kami di sini buruk daa.. harap2 dpt yg baru lagi..

Mat Som Sadona berkata...

k.nOR Tong sampah ni ada no sirinya, no SURAT BERANAKnya
Tapi kalau org curi dan simpan di dalam rumah, memanglah susah nak jumpa

Mat Som Sadona berkata...

UA
MEMANG...
Patutnya kami dah dapat 19 tahun lepas. Saya dah tinggal di sini sejak 1996

che mid berkata...

Eh, kalau dah beroda tu tentu boleh dipelbagai gunakan..pagi angkut sawet, petang angkut sampah..ok pe..

Mat Som Sadona berkata...

Malam pulak buat isi kain-kain yang belum sempat dilipat Che Mid

OKje berkata...

Sapa tak sayang bini kan Mat...hehe...kasi tempek sini buat koleksi! hehe

Kaligrafi Malaysia berkata...

bukan PTSPTA la cik Mat Som, PPSPPA la.. tpt kerja saya tu..

Mat Som Sadona berkata...

mAAFLAH AZHAM
Masa ni wartawan khasnya anak sulong aku tu, apa dia catat, itulah yg tersiar. Maaf ya