Wajahku yang semakin usang kututup dengan senja yang hitam, agar segala kedut yang ada tidak terlihat kerana ia menjejaskan perniagaan kalogen dan minyak kelapa DARA aku....hahahahah
Yang aku maksudkan ialah nama Polisas tu, adalah hamba Allah ini akan meraung melihat signboard ni...kahkahkah........
Masih gambar-gambar masa aku bercuti minggu lepas....sebab banyak sangat aku simpan kat kamera, kesian pulak kamera aku lalu aku luahkan di sini untuk tatapan kalian.....maaf aku baca juga blog kalian, tapi tak sempat nak komen, sebab kerja sekolah aku dah bertimbun, kalau aku tak tidur seminggu pun kerja aku tu tak akan habis....ramai dah kawan aku mati terkejut kerana tekanan. Kerajaan banyak cakap aje....sistem entah apa-apa....!
Sebab tu percutian singkat tempoh hari aku manfaatkan habis-habisan untuk menangkap apa sahaja gambar yang menarik, agar stress yang ada akan berterbangan di angkasa....
Habis aje cuti, aku mula kerja semula, kursus, fail, itu dan ini dah bermula...jadi maaflah aku tak sempat komen lagi entri kalian macam dulu....jadi kalian pun tak payahlah komen entri aku.....hahahaha...aku tak kisah.....
13 ulasan:
Cantik tulisan kt pantai tu cikgu....
Satu cara terapi minda K. Nor
siapa pulak yang nangis kalau tengok polisas...hahahahahaha
Ada...ada. Tapi tak muncul2 pulak. Jadi silent readers je agaknya
Qashmare
Rasanya orang tu tgh menangis kot..tu yg x komen2 tu...hehhehe
Yang nyata bukan saya, sebab saya belum blaja di mana-mana
Memandangkan Cikgu dah komen blog saya, seikhlasnya saya tinggalkan juga jejak di sini..
Sibuk? samalah kita walaupun berlainan bidang kerja, sejak akhir2 ini tak tau nak capai yang mana dulu, gamaknya kerja tak sistematik kot..
Mama Miraki, mcm kenal je
Ya tak ya juga, mungkin dah satu baldi air matanya tuh
Umi Alya, tkasih byk2
Sibuk2 pun sempat mengomen di sini
Terharu.........
Janji singgah, tak cakap apa-apa pun tak pe..jangan mati terkejut tau!!
polisas tu apa ye? ke polimas? huhu
mati terkejut mak! hati2 che mid jgn tertelan microfon..
Hana, tkasih, lama tak nampak....
POLISAS tu Politeknik Sultan Ahmad Shah, terletak di Kuantan.
Tentu ada peristiwa yg menarik, sebab tu sampai tahap menangis apabila terlihat signboard saja.
Catat Ulasan