Dah lama tak bercerita di sini. Sebabnya notebook aku ni dah rosak. Dua-dua dah masuk ICU. Yang satu ni baru pulih, dan satu lagi dah tiga hari, taukey tu kata, manyak lama mau format awak punya komputer. Lagi satu keyboard pun dah dimasuki air sirap ke entah susu bayi agaknya.
Okey, netbook Ili ni dah boleh digunakan. Petang tadi meninjau apakah yang berlaku di Pt Sulong. Kalau ada berita politik memang aku buat dekk aje, hatta siapapun yang datang ke sini, tak kira menteri ke, bapak menteri ke, Anwar Ibrahim ke, siapa ke....aku tak ambil peduli.
Udang Kara yang cantik telah berehat di dalam akuarium anak aku
Tetapi pemandangan petang tadi agak luar biasa.Tetamu misteri ini benar-benar tidak disangka akan kehadirannya. Memang pelik, sejak aku duduk di bumi Parit Sulong 17 tahun dulu, tak pernah muncul udang kara air tawar begini banyak di kawasan ini. Jom kita saksikan gelagat orang Parit Sulong dalam dua tiga hari ni....!!!!
Taukey Car Wash, ni tak melepaskan peluang menjala udang kara itu
Zainal, orang kuat Parit Sulong menunjukkan udang kara yang ditangkapnya
Yang memandu pun berhenti nak tengok apa yang berlaku di sini
Yea....Dia tanya aku....Abang ni wartawan Metro ke?Ish...ish...
Lokasinya berdekatan dengan lampu isyarat Parit Sulong ni....
Ada yang dapat setengah baldi, ada yang dapat dua ekor, ada yang kecik, ada yang besar
Hello, emak ....aku tengah sauk udang ni .....yelah...kejap lagi baliklah ni
Lain macam je, macam nak tangkap buaya je brother sorang ni
Cikgu Fika yang mengajar di sekolah Pasti ni turut menangkap udang bersama-sama suaminya sebagai aktiviti petang yang permai ini.
Gambar terbaru, inilah udang yang ditangkap anak saya, Irfan.
UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa?
Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni
UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa?
Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni
28 ulasan:
Rezeki turun dari langit!! Miracle...
Bleh bakar ngan cheese, belah dua, taburi origano.. sedap!
Cuba doa2 lagi biar turun emas plak dlm parit2 tu.
apakah yang akan berlaku di PS.Moga dijauhkan dari perkara2 buruk.Anggap je rezeki dari tuhan tuk warga PS.
salam cikgu MS,
patutlah lama menyepi ingatkan sibuk di kebun ...
tiba2 shj ye udang kara tu banyak di situ?
oh patut la ramai je orang kat tepi parit tadi, maju dah P.S ni :)
hai mcm2 org parit sulong ni ye..udang ternakkan sapalah yg terlps ni ye...
takkan cikgu tgok aje..tak join sekali ke..?
suami saya bab kmputer ni pakar..kalau dkt2 boleh antar rumah cinnamon.com
waw!!! bestnya cikgu!! adoi!! rasa macam nak pergi je kat sana lah
Yeke ni Cikgu? bila ni. wah dah macam pesta je tengok.
Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:
http://mysoalan.blogspot.com/2012/06/kaji-selidik.html
Diharap agar kaji selidik ini boleh disebarkan kepada rakan guru yang lain.
Cikgu, udang kara ni datang dari mana? Banyak sangat ke?
Irfan dapat juga 3 ekor petang tadi, sayang nak goreng. Masuk akuarium hahaha
boleh makan ke...pelik e kala udang kara tu
As salam Cikgu Mat Som,
Tak pernah makan yg air tawar tp yg laut mmg heavenly gooood! Nyum2.... Buat sweet sour pun sodap tu! Mahal gile! ;))
Rezeki dr ALLAH, jd bersangka baiklah :))
Wah rejeki buat org Pt Sulong. Tapi boleh dimakan ke...
Miss Mirror
Hari tu ada hujan ikan di negara barat
Jadi, ni kira logik sikit
Mama Janet
Hal ini telah berlaku di Pt Nipah,
Pt Raja 3/4 bulan lepas
Alhamdulillah, tak ada apa-apa.
SZ
Kalau tak kerana munculnya udang ini
Saya mungkin belum mengupdate blog
Adha,
Pt Sulong memang meriah selalu
Meriah dgn LeeTour De Langkawinya, dengan banjirnya, dengan pasar dan bazar ramadhannya, dan kini dengan kemunculan udang, alhamdulillah
K.Nor
Sampai sekarang tak tau asal-usul udang itu,
Mr Admin,
Insya Allah
Pida
Banyaklah juga, sampai hari ni tak habis2 lagi
Aslann,
Bebelum baliklah kampung cepat
sementara masih ada lagi tu
Malam lagi ramai orang mencari
Miraki
Ramai juga yg goreng, saya belum cuba lagi bagaimana rasanya
Boni
Jauh juga tu nak datang
Kalau mendulang emas tak apalah juga.
MARYA
Betullah kata Marya tu
Kita kena bersangka baik dengan Allah
Rezeki jangan ditolak
Mie
Rezeki, supaya saling mengenal antara org2 Pt Sulong, antaranya ada yg tak pernah jumpa
fush.,...menarik tu....tak sempat nk pancing udang tu, semua pakai saukk n jala/pukat jek...heheh
Ya dalam 5 hari dah habis dah udang tu, yg tinggal bau udang je,,,,
Sebelum balik kl dari kg sebelah pt sulong..ayah bagi sekor udang kara..namun 3 hari je boleh hidup..hari ke 3 beli aquarium..udang dah mati..boleh mintak sekor tak ?..next week saya balik pt sulong..add fb saya ye....Lena Saujana atau pm saya
Catat Ulasan