Isnin, 11 Jun 2012

ENJIN CARIAN MEMBANTU TRAFIK

Malam kian larut, aku nak mula mengarut.....Aku nak menganalisis entri-entri blog aku sepanjang bulan Mei 2012 ni.

Sepi sungguh malam ni. Jiranku Sarjan Mejar @ Encik B, rumahnya senyap habis, gelap gulita, ke manakah kau sarjan? Cikgu S, jiran sebelah lagi, pukul 9.00 dah tak ada bunyi, lampu hidup, kereta ada. Anak-anak aku dah dipaksa tidur jam 10.30 malam baru ni tadi, esok kan nak sekolah.

Aku sedar, kalau aku cerita peribadi dalam blog aku, yang baca kalianlah. Terima kasih kerana jadi pembaca tegar bertahun-tahun, kalaulah aku kaya, aku nak hadiahkan TV LCD 42 inci!

Bukti? Tengok data yang ditunjuk oleh BLOGGER.COM di atas tu. adalah 8, 10, 20 pembaca. Maklumlah, aku tak jelita dan muda macam Hanis Zalikha, atau Fatin Liyana. Aku tak tampan bak BONI yang sejak akhir-akhir ini menerjah blog lapuk aku ni.



Sebab tu kadang-kadang aku tulis entri yang berat-berat macam topik di atas ni pulak. Contohnya ucapan hari guru wakil murid tu. Ucapan Menteri Pelajaran yang skema dan dikomen oleh seorang je tu, telah dapat menyelamatkan aku daripada kemurungan trafik. 


Satu lagi kalau kalian melancong tulislah fasal hotel atau chalet yang kalian menginap tu. Dapat-dapat 190 pengunjung pun dalam sebulan dah ok kan? Sampai ada orang call aku nak buat tempahan chalet, resort yang aku tulis tu. Tapi aku layanlah jugak sebab nak jaga hati orang....hehehehe. Minggu ni ada 3,4 orang yang call tentang Coconut Beach Resort di Endau, kesian betul, resort tu tak ada laman web. Pada hal aku cuma tunjuk gambar sekeping tentangnya.


Yang penting paling utama setiap minggu, aku dapat pelanggan baru daripada blog aku ni. Minggu ini antara yang menjadi mangsa aku ialah Encik S yang masih mempunyai dua orang anak. Pagi tadi, aku pusing-pusing cari rumah dia di sebuah taman di Pt Raja tu. Sedang aku tercari-cari tu, aku ternampak seorang lelaki sedang menyidai baju di hadapan rumah. Memanglah aku RESPEK habis dengan orang tu. Aku perhatikan dia dari dalam kereta. Dua orang anak-anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.


Itukah Encik S? Aku pun call....Betul....pertama sekali ketika aku bersalam. Aku ucapkan TAHNIAH. Sdra, saya ucapkan tahniah kerana sdralah Suami Mithali di Pt Raja ini...! Dia ketawa terbahak-bahak....dan menjelaskan isterinya kerja overtime hari Ahad di sebuah kilang di Parit Raja tu....


Cuma minggu ni yang ralat, waktu aku sedang ketakutan melihat ombak besar di Melaka pada malam Rabu yang lepas, waktu tulah seorang wanita menelefon aku. Memperkenalkan diri sebagai Cikgu Faizura dari KL. Nak belikan penapis Air Imtiyaz yang aku iklankan di blog ini untuk ibunya di Batu Pahat. Oleh sebab jawapan aku ketika itu tidak profesional dan kebisingan ombak itu benar-benar mengganggu perbualan aku, terlepaslah aku satu peluang baik ketika itu. Cikgu Faizura akhirnya membeli penapis air itu dengan seorang pengedar di Kuala Lumpur!

Ni bonus syarikat pengiklanan N yang aku dapat bulan Mei, bolehlah beli bateri kamera.


Kesimpulan entri aku ni ialah:


  1. Pilihlah KATA KUNCI yang paling dicari oleh orang ramai untuk menarik trafik ke blog anda.
  2. Iklankan sendiri produk anda di dalam blog anda, itu lebih lumayan daripada mengharapkan duit syarikat pengiklanan N atau I dll. Anak aku dah setahun tulis blog, tapi baru dapat RM 3.00 duit pengiklanan tu . Aku cakap, awak kena jual sesuatu, ada masa kita pusing Johor ni cari produk unik. Selain tu jangan terus-terus cerita peribadi, awak bukan Lisa Surihani. Kalau Lisa sekadar batuk kat Facebooknya, yang LIKE 7987 orang! Sekian.....

12 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

salam cikgu MS,

ahaaa nak tergelak pula tang batuk lisa surihani tu ... heheehe...
nampaknay saya kena qada' mana entry ttg ombak besar tu ...

selamat naik sekolah cikgu!

Pida berkata...

Wah... hebat trafik blog mat som ye... tahniah!

GreenLava berkata...

"Kalau Lisa sekadar batuk kat Facebooknya, yang LIKE 7987 orang!"
...dan semestinya saya bukan salah seorang daripada likersnya :)

Mat Som Sadona berkata...

SZ,
Ombak besar sebenarnya tak ada, yg ada ribut malam yg menakutkan ketika di Melaka itu. Ketika itu berlaku AIR PASANG BESAR, jadi bunyi ombak itu agak menggerunkan saya.

Mat Som Sadona berkata...

Pida,
Saya baru belajar cari KATA KUNCI TRAFIK ni.

Nak senang, masuk je gambar2 artis hahahahah!

Mat Som Sadona berkata...

GreenLava mungkin LIKERS kepada status Mr Bean kut? hehehehe

aza ni berkata...

salam cikgu

minat juga dapat traffic hebat, tapi dah tua dan tandus idea ni saya lebih ke tulis sendiri dan baca sendiri...hi hi

Mat Som Sadona berkata...

amn
Betul, yg penting kita bahagia dgn blog kita sendiri...

Unknown berkata...

hahahahahahaha... tampan hanya pada ayat je lah bro.hehehehehe.. itu semua ayat2 yang mengundang orang rasa meluat kat sy..hehehehehe.. saya pun dah dua tahun lebih berblog ni baru dapat mengumpul rm3ringgig lebih je..hahaha..hawau betul..

ok, selain daripada guna keyword, salah satu cara untuk perkembangkan blog kita ni ialah melalui facebook. ping blog ke facebook dan ke group2 blog yang banyak terdapat di facebook tu.. biasanya saya akan ping setiap entri yang saya buat. daripada situ dapat juga traffic.. selain daripada fb, boleh juga ping ke blogr.my , www.apesal.com. saya biasanya akan gunakan kesemua tu. sebab nak lawan keyword memang susah. ramai sangat yang power2 gunakan SEO ni..

Mat Som Sadona berkata...

Boni,

Tkasih dgn penambahan TIP-TIP tu, akan sya gunakan selagi ada kudrat....

Tkasih (beratus KALINYA)

Unknown berkata...

As salam MS,

Hola profesor! Buenos dias!! In spanish profesor = cikgu, Buenos Dias = Selamat pagi... Awal bangun dah lawat ke blog sy :))

Terima kasih/ gracias :))

Mmg hebat tgk trafik blog cikgu ni! Sy ni blogging suka2 je... tak tahu smp bila boleh thn momentumnya tu...hik2... tp tips tu sgt2 menarik!

Suka ayat yg bawah tu 'Kalau Lisa sekadar batuk kat FBnya, yg LIKE 7987 org!" hahahaha! So true :)))

Mat Som Sadona berkata...

MARYA

Amigos, DI SINI PKL 5.30 PAGI, waktu saya komen blog Marya tadi dalam pkl 5.00, tidur awal, bangun tercepat

hAHHAHA...saya tulis status FB saya macam karangan PMR, yang LIKE cuma 2 orang HAHAHAHAHAHA, penat dah memerah otak