Petang semalam aku ke jemputan Cikgu Suhood Kanapi di Pt Pulai. Siapa tak kenal Cikgu Suhood di Pt Sulong ini? Majlis perkahwinan adik iparnya di rumah ibu mertuanya ni meriah dengan siaran ceramah Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz lain melalui DVD.
Bagus tu, sepanjang hari ceramah, sesuailah sebagai rumah ustaz dan ustazah. Arwah Ustaz Hj Maarof (bapa mertua Cikgu Suhood) sudah lama meninggal dunia, beliau telah mengajar aku selama lima tahun semasa sekolah rendah pada tahun 70-an dulu. Arwah suka bercerita, lebih-lebih lagi cerita nabi-nabi. Kawan-kawan aku terutama pelajar perempuan paling suka, kalau arwah bercerita tentang kehandsomeman Nabi Yusof. Banyak yang diceritakan dan dinasihatkan arwah masih terpahat dalam ingatan aku.
Arwah pernah bercerita kepada kami, (ketika di Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia), sewaktu sedang berzikir di Mekah ketika arwah menunaikan haji, beliau tiba-tiba terlena. Dalam tidurnya, beliau bermimpi dikenalkan kepada beliau oleh seorang lelaki....
"Maarof, ingin saya perkenalkan kepada kamu, inilah Muhammad Rasulullullah."
Allahyarham terkesima melihat wajah Rasulullah. Beliau berkata wajah Rasulullah bercahaya bersih dan tersenyum kepadanya..
Lalu Allahyarham tersedar daripada tidurnya. Hj Maarof terlalu gembira dan memberitahu mimpi itu kepada sahabat arabnya di sana. Syeikh Arab itu memeluknya dengan erat dan menitiskan air mata,
"Kamu sangat bertuah Maarof, aku setiap hari berdoa untuk bermimpi menemui Rasulullah, tetapi sampai sekarang, belum dimakbulkan Allah...."
(DIALOG DALAM BAHASA ARAB)
Sepanjang yang aku kenal sebagai hubungan antara murid dengan seorang guru, Allahyarham seorang yang sangat berbudi bahasa, lembut bertutur kata, tidak pernah menyakiti hati orang walaupun ketika itu kami pelajarnya yang masih hingusan, rajin sekali puasa sunat, dan setiap Isnin dan Khamis. Allahyarham juga sangat aktif dalam kegiatan dakwah.
Sekian untuk hari ini.
Berita baru!!! Nahas kapal terbang di Lagos Nigeria, 153 orang terkorban.
9 ulasan:
baru tadi tgok tanyalah ustaz..tajuk MIMPI.
Berbahagialah kalau mimpi Rasulullah.
Saya tak sempat tengok, tengah tanda kertas peperiksaan budak2 ni.
wah.. hanya insan2 terpilih je yang dapat mimpi berjumpa Rasulullah...
Begitulah Boni,
Bertuahnya mereka itu sepadan dengan segala amalan dan pengorbanan yg telah dilakukan dalam mengabdi diri kepada-Nya.
alangkah indahnya hidup ini kalau dapat bertemu dengan baginda s.a.w walau di dalam mimpi..
salam cikgu, gembiranya saya dapat scroll hingga ke dasar , barulah dapat baca apa yang dicatatkan....
nikmat dan anugerah pada sesiapa yang bermimpi dengan Rasul...sebab itu confirm,bukan mainan syaitan...
menjadi kebenaran adanya.....semoga mendapat berkah amin
Salam...sungguhpun begitu ramai insan menyatakan bahawa mereka bermimpi bertemu rasullullah, namun kudengar seseorang berkata bahawa rasululluh itu tidak mempunyai bayang........Insan itu menidakkan mimpi itu... Wallahhualam
a'kum cikgu, sy ada di pt raja skrg ni tp jumaat dh nk blk tawau. hehe.. blk smnanjung sbb suami kerja, sambil bercuti2 pergi kl dan jhr.
Catat Ulasan