Sungguh indah sibuku log
Buku dibeli di kedai nyonya
Setahun sudah menulis blog
Berehat sementara apa salahnya?
Blog rojak ciri utama
Apa sahaja boleh dicerita
Kadang-kadang terasa bosan juga
Apabila sudah kehabisan idea
Parit Sulong nama diberi
Tempat orang bersembang ke malam
Blog bercerita berita terkini
Tidak lupa juga memori silam
Sawang dan semut bermaharalela
Akan kubiarkan begitu sahaja
Akan bertapa sepurnama lamanya
Jumpa lagi semoga berjaya
14 ulasan:
kenapa la pulak ni?? mcm org merajuk je...
Semah mengail udang galah
dpt seekor jatuh ke paya
usah bosan usah mengalah
kita berblog sekadar suka-suka
A'ah laaaaa awat lagu tuuuu...
Nak gi bertapa ke mana plak tuuu..
haah lah cam orang merajuk aje....alah janganlah merajuk.
betul tu MM,kita berblog ni sekadar suka-suka dan buat hiburan semata....
Ni majuk tahap DEWA ke apa...jgn la majuk berblog susah plak nak tau story2 org kg plak kang..
ke kedai abas beli kuih pau
ni kira rajuk melampau...
hehehe
Menurut ramalan tuk nujum pak belalang... Uncle Ms berehat kerana ingin membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata yang baru... Buat kerja tambahan di luar nak tambah income... Almaklum sajalah banyak belanja untuk menyambut kelahiran org baru ni... Lainlah mcm Ziana Zin dapat sponser dari syarikat2 tertentu... Saya faham tu... Sambil2 tu cari berita2... Heeeemarangprapukepunter marang sekeper... Zeeee..
tidak mengapa, blog bukanlah hakmilik kekal,
salamm,
Mangan bio-asli ngilangkeh bengkak
Rampung mangan adus lulur
Gawe blog untuk sukak-sukak
Nambah konco nambah sedulur
Mareng Sulong karo bocahe
Ngombe cendol nak gede Muso
Arek ngaso ora ono salahe
Ojo ngaso sebab rumongso ( kecil hati )
aik,.dah nak berehat dah ke
sedap pantun tu
Salamms...Sama la kito yo kang.... harap wes ketemu dalan lurus yo..hehe
Buah kelapa 5 sen dua,
Lama sungguh tuan hamba bertapa...
Sam
Aku bukan merajuk,cuma berehat....
Senduduk Putih,sesekali aku ingin bebas dari dunia maya.
Mama Miraki,
JBfresco,
Mummy Gee,
CikTi,
Anis,
Tunbegia,
Yin,
Disebalik Tabir,
Terima Kasih atas sokongan kalian.
Sebenarnya,aku menganalisis kelemahan utk dibaiki.
Tunbegia pun dah berhijrah ke wordpress, benarlah blog bukan hakmilik yang kekal. Yang kekal hanyalah Allah
Catat Ulasan