Rabu, 10 Mac 2010

BAGAIMANA SUPAYA ANAK MINAT MENGAJI?




Sila klik ya, mana tahu anda muskil tentang satu-satu sebutan, pilih ayat dan surah

Sejak Ustazah yang penyabar itu berpindah, aku sendirilah yang mengajar anak-anak aku mengaji.Kadang-kadang hilang sabar juga apabila ada anak yang lambat sangat hendak menguasai satu-satu ayat.



Barulah aku tahu, bagaimana susahnya ustazah mengajar anak-anak aku selama ini. Sepatutnya, tidak ada lagi orang yang menghulurkan RM 10 sebulan untuk ustazah dan ustaz yang mengajar mengaji untuk anak-anak kita. Jika kita boleh membayar RM 30 untuk tusyen Matematik ATAU Bahasa Inggeris, untuk empat kali pembelajaran. Apa salahnya kita bagi lebih untuk guru-guru mengaji yang mengajar sehingga 20 kali dalam sebulan?





1. Oleh sebab sekarang zaman moden, zaman IT, maka pada malam ini aku sesekali cuba menggunakan KOMPUTER . FON (tulisan) yang lebih besar mungkin menarik minat mereka. MENTORnya tetap kita. Kita mesti tahu asas tajwid. Kalau sudah besar sedikit, nanti aku hantarlah mereka kepada guru mengaji yang lebih berkaliber, yang boleh membetulkan tajwid dengan lebih teliti.

2.  Bagi anda yang berkemampuan, pasti boleh menjemput pelajar tahfiz atau guru mengaji ke rumah anda. 



3.  Selain itu, janjikan satu hadiah contohnya jika kamu sudah hafal/pandai surah ini, emak akan hadiahkan kamu ...sekian...sekian....(duit atau apa-apa) yang boleh menaikkan semangat  anak tersebut.

4.   Kaedah ceria ustaz Zamri di TV9 memang menarik. Kaedah silam mungkin kurang sesuai dengan anak-anak zaman siber ini. Marilah kita fikirkan bersama, BAGAIMANA SUPAYA ANAK-ANAK KITA CELIK AL-QURAN.

4 ulasan:

tunbegia berkata...

sekang pakai buku IQRA', bukan MUQADDAM macam dulu dulu,

salamm,

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

kami pggl Ustazah dtg ke rumah.. tak ingat la berapa my IRP bayar..bayaran ikut jam..selalunya 1 jam je dlm sehari.

Masa permulaan je yg susah nk mengajar diorg tu..masa iqra.. bila dah kenal huruf senang sikit. Dulu mula2 pindah rumah, aku yg ajar sendiri si Ain tu.. ko bayangkan la aku yg brutal ni yg mengajar.. hehehe.. ada satu masa tu Ain masuk pertandingan mengaji, aku pun apa lagi bertungkus lumus la hari2 telefon Ustazah Minolad utk memastikan apa yg aku ajar tu betul. Bab2 marah ni mmg dah lali la kt telinga Ain klu mamanya yg mengajar...

Tp pd pendapat aku la... anak2 ni diajar org lain lebih "masuk otak"..klu kita yg ajar.. payah sikit..sikit2 merajuk ..lari.

Teman Setia Anis berkata...

Asalamualaikum... Fomular yg aku guna untuk bagi anak minat mengaji mudah saja... Mula-mula kita kena mengaji hari-hari dan menetapkan waktu mengaji... Lepas tu ajarlah berdisplin lepas solat magerib dah siap duduk dgn kitab masing2. Alhamdulillah sekarang anak2 dah mula masuk surah al imran dan mula faham dgn hukum tajuid... Mana yang patut dengung, mana yg kena ifak, mana patut wakof dan panjang pendek dlm bacaan... Syahir seawal umur 4 tahun sudah mula mengenal hurup-hurup hijaeyah.. Bukan nak riak ya... Alhamdullilah kalau aku mc tak boleh membaca anak2 dah boleh baca sendiri... Anak2 aku kalau tak mengaji dlm sehari mcm ada benda yg dia rasa kurang dlm hidupnya... Mungkin pendekatan dari Datin yg mengajar aku tu membawa kesan yg positif..
Sebenarnya aku bercita-cita bila aku dah banyak duit aku nak berehat dan mengajar org mengaji... Sebenarnya seronok mengajar org ni...Sebelum mengaji isktifar 3 kali, baca fatiha, baca surah al ikhlas 3kali. Dan doa penerang hati..

MSOM berkata...

Tun Begia, blog anda kenapa? Aku nggak bisa menemukannya?

Tkasih atas komen Anis dan Sam.