Assalamualaikum semua!
Sudah 15 hari aku menyepi diri
Kini aku kembali di sini
Halim Othman pernah bertapa
Lebih lama daripada aku
Orang mengata dia itu dan ini
Kini, dia kembali mengganas di Suria FM
Aku kehilangan semangat juang seketika
Teman baikku, Masrom call aku suatu pagi
“ Kau buat apa awal pagi ni?”
“ Tidur”
“ Di mana semangat kau?”
“ Aku dah penat mengejar dunia”
“ Kalau kekayaan yang kau cari, adalah satu kesilapan. Jika kau gagal, kau akan kecewa”
“ Benar kata kau itu. “
Kesibukan kerja dan anak-anak menjadikan jadual harianku begitu padat. Kadang-kadang aku cuma dapat berehat jam 11.00 malam. Kelas malam untuk UPSR pun telah bermula. Di sekolah mana pun, aku tetap diletakkan di barisan depan (murid-murid yang menghadapi peperiksaan penting.) Sewaktu bertugas di sekolah menengah dulu pun begitu jua. Justeru, aku mesti sentiasa bersemangat.
“ Kamu mengambil peperiksaan pada tahun ini sahaja. Tetapi guru-guru kamu yang mengajar tahun 6 ini, setiap tahun seolah-olah mengambil peperiksaan” Begitulah yang aku perkatakan kepada anak-anak didikku yang belum mengerti apa-apa itu .
Saya teringat novel Keluarga Gerilya, tulisan Ananta Toer, antara yang dibicarakan oleh Salamah watak utama novel itu ,
‘’ Anakku, zaman ini bukan untuk orang bodoh”
Maksudnya sesiapa yang kurang ilmunya, sekarang akan diperalatkan oleh orang yang punya kuasa dan kekayaan. Nasib
7 ulasan:
dah hensem pun blog!
yeahhhhh selamat kembali berblog ye....
Tkasih Sam! Blog pun hensem?
Ya tengah cari berita ni Miraki
tapi kucing ni lagi hensem kot
welcome come home cikgu ... lari dah semua anak gajak ngan anak rimau kat semak2 tu....heehhe
Tkasih Mummy Gee. Macam rumah kalian kat warung Abas, kadang2 meriah, kadang2 tak ada orang, bgitulah adanya
Catat Ulasan