Khamis, 4 Disember 2008
MEREKA YANG PULANG
Gema kebenaran menghantar dia ke perbatasan
Antara kefanaan dan pemukiman yang baru
Wajah kemilau menyingkap tabir langit
Dihimbau lagu syahdu
Dan bumi mengangga sambut insan penuh kasih
Dan wajah hitam yang tiba di perbatasan itu
Alam menggeram dan tabir langit tak terbuka
Kegelapan menghantar kepergiannya
Dan bumi menggangga sambut dia dengan murka
Di kengerian perbatasan ini
Wajah hitam penuh duka
Kerana kembaranya membenam dilumpur gelap
Kerana langkah jejaknya terjerumus
ke lembah hitam yang pekat
Berbahagialah mereka yang tiba di perbatasan itu
Langit tersenyum
Bumi tersenyum
Kerana mereka di atas kebenaran abadi
DR RANDERS RANEHAL, UJUNG PANDANG, INDONESIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan