Inilah antara kawan-kawan serumah aku kat Paloh sebelum aku pindah ke SMK CONVENT Batu Pahat. KASHFI BIN MOHAMMAD berasal dari Pasir Putih Kelantan. Khairul Azman juga dari Kelantan iaitu Bachok. Nazri pula dari Kedah. Kashfi dan Khairul Azman masih berhubung dengan aku. Tapi Nazri terus lenyap, hilang tanpa kesan. 21 hb Disember 2008 Khasfe lalu rumah aku, tetapi dia agak sibuk, cuma call aku aje. Dia pernah ke rumah aku dua tahun lepas. Kini dia dan Zaidah dah menetap di Kelantan. Kalau dia balik rumah mentuanya di Paloh, dia akan call aku. Apabila aku suruh datang rumah aku, dia kata kalau dia datang lagi maknanya dah 2 - 0! Yelah pemain bola sepak.
Ketiga-tiga sahabatku ni memang pemain bola sepak handalan. Kasut bola ada berpasang-pasang. Pendek kata mereka ni makan bola, tidur bola, nangis bola,naafas bola. Khasfe pernah kata " Mat som ni, kalau Malaysia masuk piala dunia pun, dia tak akan tengok bola kat TV" Tu dulu beb! Sekarang aku dah kenal Ibrahimovic, Henry, Rooney....!
Makanan kegemaran dia orang ni mestilah BUDU. Budu dari Ketereh. Masa dengan dia orang nilah aku dah mula minat makan budu. Khasfe berkata Khairul Azman sekarang dah buat MAHLIGAI. Malunya kalau dia datang ke rumah buruk aku ni. Mesti rumah dia ada 6,7 bilik. Aku bayar rumah ni cuma RM 280 sebulan. Macam bayar sewa rumah je. Ramai kawan aku bayar rumah antara RM 700 - RM 1500. Kalau pergi rumah kawan-kawan ni, rumah aku terus jadi buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan