Khamis, 4 Disember 2008

DAKWAH DIMENSI BARU


Jika ada orang-orang Islam yang membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, dalam sesuatu perkara, maka ini membuktikan bahawa situasi kejahilan itu semakin parah. Dalam majalah Mastika yang lalu, memaparkan pasangan muda-mudi Batu Pahat sudah tidak menghormati azan. Ketika azan berkumandang di Mesjid Jln Ampuan, mereka duduk berpeluk-pelukan di Dataran Batu Pahat yang cuma beberapa meter sahaja dari mesjid itu. Juga baru-baru ini Metro melaporkan, pasangan kekasih bercanda dan bercumbu-cumbuan di kawasan Mesjid Putrajaya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita para muslimin supaya memainkan peranan. Jika kita ada daya, kita nasihatkan. Jika kita cuma mendiamkan sahaja maksiat berleluasa. maka itulah selemah-lemah insan. Berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran. Sampaikanlah walau satu ayat.

Kita tidak perlu menjadi ustaz untuk berdakwah. Kita tidak perlu belajar di Timur Tengah untuk menjadi dae. Tahniah,kerana kini ramai blogger yang menjadikan blog mereka sebagai pentas untuk menyeru manusia ke arah keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Hidup kita kini telah dipenuhi unsur-unsur ke arah kemaksiatan.Akibatnya, kita sudah tidak merasa aman. Kita telah takut untuk melepaskan anak-anak kita bermain tanpa perhatian kita.
Rumah kita sentiasa berkunci, kerana takut didatangi tetamu yang tidak diundang. Semuanya ini berlaku kerana manusia hari ini sudah tidak ada iman. Mereka tidak percaya lagi kepada rukun iman. Pahala,dosa, syurga neraka, malaikat pencatat, dan semuanya diketepikan. Maka berlakulah kebejatan kehidupan yang kita saksikan hari ini.

Tiada ulasan: