Khamis, 4 Disember 2008
KANG YUNOS OH KANG YUNOS!!!
Semasa duduk di Jln Baiduri, ada tiga orang bujang senang di belakang rumah sewaku. Seorang daripadanya aku panggil Kang Yunos. Ketika itu aku masih merempat, ke mana-mana jalan kaki dan naik bas.Kang Yunoslah dengan Redzuan yang selalu ajak aku ronda-ronda dengan motosikalnya di JB, Pantai Lido, Komtar (Komtar sekarang dah sepi, org pergi Citysquare pulak).
Dalam rumah sewa itu yang bercakap jawa ialah Pauzi dan Saadon. Kalau nak lebih rancak lagi jumpa Yunos. Jawa Tulen. Kalau dia kutuk aku, kutuk habis-habis. kira MENTOLONAN. Tapi fasal dah biasa, aku tak berkecil hati.
Hujung Tahun 1987 aku berpisah dengan Yunos. 1989 Kang Yunos datang ke Quaters guru di SMK Paloh. Sambil menziarahiku, beliau menjalankan kerja-kerja di sekitar pekan Paloh. Selepas pertemuan itu, kami trus terpisah.
Kang Yunos tak dapat dihubungi. Hinggalah pertengahan tahun 2008 ini tiba-tiba Kang Yunos menghubungi nombor handphoneku!! Namun sampai sekarang aku belum sempat menemuinya kerana kesibukan masing-masing.
Beliau memberitahu kini dah pulang ke kampungnya di Muar. Selamat kembali ke kampung. Norman yang tinngal dengan aku di Paloh dulu sekarang ini telah berada di Mekah untuk menunaikan haji. Norman adalah jiran Kang Yunos.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan