Ahad, 9 Januari 2011

ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

Baru keluar dari pertapaan. Lagu Shahir selalu aku dengar kat dalam kereta.
Menang ke malam ini?


Sedang aku sibuk menyiapkan kerja sekolah yang tak ada sudahnya ni, telinga aku dengar pengacara AJL Faizal, Ally Iskandar dan Cheryn Samad berceloteh (gandingan mereka nampak mantap), mengingatkan aku dulu antara jutaan  peminat rancangan itu. Zaman Francisca Peter menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran, atau Zaiton Sameon Menaruh Harapan, lagu Isabella oleh Amy dan macam-macam lagilah. Maklumlah dah 25 tahun dah usia AJL tu. Cuma sekarang sebab aku dah semakin tua, maka minat tu dah hilang. Juara tahun lepas pun aku tak ingat. Tahun ni siapa agaknya? Yang aku tahu cuma Shahir dengan lagunya Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tomokkah? Atau Faizal Tahir dengan Selamat Malamnya?
Kalau aku jadi juri, persembahan terbaik aku pilih Faizal Tahir?

Aku dah tak sempat memikirkan semua itu. List tugasan dah ada di depan aku......!

4 ulasan:

WONG KHOO LAI berkata...

Hanya guru yang faham dan tahu tugas guru. Berdebat dengan mereka yang kerjayanya bukan guru tak akan berkesudahan. Ikhlaskanlah hati kita dengan tugasan yang diamanahkan.

Mama Miraki berkata...

saya langsung tak ambik tau pasal AJL ni..ntah dah tak minat pun. ye..dulu2 zaman francesca Peter minat tu..hehehe

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,
Lama tak nampak Cikgu Bahreyn
Betullah. Biarlah kita tanggung semua itu.

MSOM berkata...

Mama Miraki sibuk sangat tu,
Nak kena bangun cepat.
Kenalah tidur awal.
Menonton rancangan ini hanya membazirkan masa.
Esok pagi nak berkejar melawan jem.