Rabu, 19 Januari 2011

BERKAHWIN MURAH REZEKI...KENAPA TAKUT BERKAHWIN?


Ramai lelaki di luar sana yang belum berkahwin. Lihat sekeliling anda. Di kampung anda. Di tempat kerja anda. Memang ramai yang belum berkahwin. Umur bukan lagi 25 tahun, tetapi sudah menginjak ke 40 tahun. Dan ada yang sudah menjadi warga emas. Soalnya kenapa mereka takut berkahwin?

Sepanjang perjalanan hidup  aku, ke sana-ke sini, aku selalu bertemu dengan golongan ini. Soalan pertama biasanya ...Anak berapa? Jika mereka tersipu-sipu tu, adalah yang tak kena. Kawan baik aku pun ada yang belum berkahwin. Mereka mempunyai fahaman yang sangat berbeza. Biasanya akibat dikecewakan. Golongan ini mesti dipaksa oleh ibu bapa mereka, jika mereka masih hidup.

Aku kenal sorang ni. Kenal melalui dunia MLM. Dia pencen askar. Umur dalam 44 tahun masa aku jumpa dia tu. Aku selalu ke rumahnya di daerah Muar tu. Rumah dia janganlah tanya, macam stor. Maklumlah dia duduk sorang kat situ.  Rumah tu tak ada seri langsung. Kereta pun berkarat, Nissan Sunny tahun 80an. Dalam setiap kali bertemu dia, aku bagi semangat. Aku bagi doa PENDEKAT JODOH yang aku simpan lama dah tu. 

Dua bulan kemudian, dia menemui aku. Aku tanya dia tentang doa itu. Wah. Dia dah hafal doa itu! Dia kata, sekarang ni masalah pulak. Ada 5 pilihan dah ni. Aku cakap, biar betul?  

Minggu lepas, dia dah datang rumah aku. Hon kereta kuat-kuat. Siapalah ni? Alhamdulillah.....sekarang dah memandu Naza berkilat. Kereta lama dia buat angkat kelapa sawit. Dah kahwin, dan ada anak seorang yang comel (berusia 6 bulan). Aku datang masa majlis gilang-gemilang itu. Aku pun dah berkali-kali ke rumahnya semenjak dia dah berumahtangga ni. Rumah dah cat baru.  Segala koleksi barangan yang menyerabutkan sebelum ini, telah dibuang jauh-jauh di belakang kebun. Setiap kali aku datang pun siap dah dihidang air jus. Tak macam dululah. Nampak sangatlah perbezaannya tu...! Kan kahwin tu rezeki murah. Kenapa ada yang takut nak berkahwin? Jumpa lagi.....entri seterusnya.

12 ulasan:

student berkata...

bukan takut kahwin, mungkin jodoh belum sampai..:)

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

tp yg menghairankan ialah... memula disuruh kawin kemain liat..tp bila dah kawin...nak kawin lg (tambah cawangan).. Kenapa gaknya ya?

mak encik | SZ berkata...

cikgu msom, antara faktor tak kawen2 ni ialah kewangan ... dah ada calon tapi duit tak cukup2 pula... ntah le..mahu seribu daya tak mahu seribu dalih kan... takde duit boleh diusahakan ;)

alhamdulillah saya dah kawen! :p

Mama Janet berkata...

Kalau jumpa kawan2 yg sebaya dengan kita tapi belum kawin, baik tak usah tanya "bila nak kawin "....

Nanti akan dijawab;
1) Ada aku kisah (ok lg jawapan tu)
2) Aku nak kawin, tapi n laki ko (maut jawapan tu )

Pikir2 ler kalau nak tanya soalan tu....

~ Mummy Gee ~ berkata...

Mama Janet - yang no (2) tu memang jawapan maut...

so kesimpulannya jangan gatal2 mulut dan terlebih mesra alam... heheh

MSOM berkata...

Student,
Semoga Mereka semua bertemu jodoh yg dicari-cari.

MSOM berkata...

Saya ada seorang kawan yg macam Miss Miror kata tu. Dia kata menyesal kahwin lewat, pada umur 49tahun. Untuk menutup kekesalan itu dia nak kahwin lagi satu.

MSOM berkata...

SZ,
Tak cukup duit boleh pinjam koperasi hahahahhh
Jangan pinjam Ah Long dah lah
Kang tengah sanding diserbu along

MSOM berkata...

Mama Janet,
Demi sebuah persahabatan apa salahnya berkongsi suami
....grrrrr.....!!!

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Banyak juga berlaku kejadian macam tu agaknya?
Yang saya tau cuma dlm drama TV saja.

Kak Kay berkata...

tak tau dimana silapnya , tak de jodoh ke?.. ramai kawan2 kerja saya dulu yang belum kahwin umor dia orang kebanyakannya sebaya saya, merek ada rumah, ada kreta, duit dah tentu banyak, tapi satu yang tak de.. lelaki bergelar SUAMI.....

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Rugi kawin lewat wa cakap luuuuuuuuu.
Tak kawin lagi rugi..."adem turu dewek" cam lagu Haslina Kamsan "Godong pisang rowak rawek...wong bujang alah turu dewek".