Ahad, 9 Januari 2011

MASALAH BEG BERAT

Adeh.......berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Siapa yang kata jadi cikgu senang silalah jadi cikgu selama sebulan....mari....mari....

Petang tadi, kami menghantar Irfan ke asrama. Minggu ni cikgunya benarkan dia balik, kerana menambah mana-mana barang yang kurang.

Entah kenapa, apabila cikgu dia kata, lepas ni balik sebulan lagi, dia terus meleleh air matanya....!!!

Tetapi aku tidak hairan, anak kawan aku tu yang masuk Tingkatan 4, hari-hari call dia suruh jengok. Rupa-rupanya anak dia baru masuk sekolah itu. Aku ingatkan tak kanlah dah tiga tahun pun nak ingat emak lagi?

Gambar-gambar sedih tu tak tergamak aku uploadkan kat sini. Miss Miror tentu rasa, bagaimana? Yang kesian dia dah basuh baju sendiri. Perubahannya balik ini sungguh ketara. Solat pun dah tak payah kami suruh lagi.

Semuanya kita lakukan ini untuk masa depan anak.   

14 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

tak de kerja yang senang kat dunia ni... semua kerja penuh dgn cabaran... betul tak cikgu?

MSOM berkata...

Mummy Gee, BETUL!
Semua org kata kerja org lain senang.

Mama Janet berkata...

MS, Pn Hamidah bila dh masuk dlm kereta confirm tak berani toleh belakang sbb tak sampai hati nak tenguk anak kan..kan..kan

WONG KHOO LAI berkata...

Sampai sekarang JK Mengkaji Beban Tugas Guru tak berkeputusan. Mana dia laporan kajian. Yang pasti bertambah lagi beban guru aspecially guru sekolah menengah bila pekeliling satu murid satu permainan dikuatkuasakan. Ini adalah dasar KPM.
Aku rasa dah sampai masanya semua murid guna laptop...tapi nanti laptop penuh dgn movie/mp3 dsb...mungkin juga ada yang cakap Cikgu Bahrin bolehla...anak sorang je...kalau anak ramai camne...sesak nafas. Semuanya ada pro n kontra.

WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mama Miraki berkata...

alah sedihnya nak tinggalkan anak kat asrama yea..kesian Irfan...rasa umur 13 tahun tu cammasih kecik lagi kan untuk berdikari....tapi tak per..kalau dia suka..ok aje

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..Erm selamat memulakan tugas..memang jd guru ni penat,kerja sekolah bawak balik rumah lagi2 kalau cikgu2 yg ada pegang jawatan..apapun tugas mulia haruslah diteruskan agar anak bangsa kita terus berjaya di dunia dan di akhira..saya suka jadi cikgu..walaupun hanaya dpt bertahan 5 tahun huhuhuhu...

MSOM berkata...

Mama Janet,
Semalam tu lain, Pn Hamidah suruh Irfan menghilangkan diri cepat, jangan melambai kereta yg sedang bergerak.

MSOM berkata...

Cikgu Bahreyn,
Tunggulah Johor bagi skim pinjaman Notebook macam di Terengganu tu.

Selagi kita boleh pikul tugas2 tu, kita pikullah. Nak buat macamana.

MSOM berkata...

Nasib baiklah Iki masih bersama Mama Miraki, kalau tak macam nilah. Siang malam asyik teringatkan dia, terutamanya ibu macam Mama Miraki. Masak sedap sikit, ingat anak kata Midah.

MSOM berkata...

Lama tu Siti Indrawati, 5 tahun. Namun yang paling lapang ialah menjaga anak-anak sendiri di rumah. Biar mereka membesar di hadapan Puan Siti.

Hari ini ramai anak menguruskan kehidupan mereka sendiri. Ini kerana ibu bapa sibuk cari rezeki hingga larut malam.

Akak Adek berkata...

As salam, Suara Simpang Kiri...

Saya minta izin ambil pic kartun tu yer.. =D utk post ini

(http://amielovely525.blogspot.com/2014/02/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html)

Jemput ke blog baru saya =D

Thnxx

Akak Adek berkata...

As salam, Suara Simpang Kiri...

Saya minta izin ambil pic kartun tu yer.. =D utk post ini

(http://amielovely525.blogspot.com/2014/02/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html)

Jemput ke blog baru saya =D

Thnxx

Akak Adek berkata...

As salam, Suara Simpang Kiri...

Saya minta izin ambil pic kartun tu yer.. =D utk post ini

(http://amielovely525.blogspot.com/2014/02/berat-mata-memandang-berat-lagi-bahu.html)

Jemput ke blog baru saya =D

Thnxx