MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 7 Mac 2014

AYAH, ILI LULUS!!!



Dengan SMS "Ayah, Ili lulus ujian litar, doakan lulus jalan raya pulak ni", Dan akhirnya Ili telah mencatatkan rekod dalam keluarga kami. Mengambil ujian memandu sekali dan berjaya. Alhamdulillah. Gembira tak terkata.

Terus terang, aku sendiri tiga kali menghadapi ujian jalan raya baru lulus. Kisah itu berlaku pada tahun 1990. Dan aku menyalahkan kereta DATSUN 120Y yang buruk-buruk untuk digunakan sebagai kereta ujian sebagai penyebab kegagalan demi kegagalan aku. Pedal minyak pun macam nak tanggal. Tapi memang itu alasan untuk tidak mengakui kelemahan diri. Emaknya pula lulus dua kali, baik sikit daripada bapaknya ni.

Masa entri ini ditulis, Ili dah ghaib entah ke mana. KANCIL bapaknya dibuat drifft agaknya....

Dengan ini aku mengucapkan tahniah, kerana Kak Nora selaku taukey sekolah memandu kat Trafik Light Parit Sulong itu telah dapat membimbing ILI dengan jayanya, walaupun sebelum itu dia langsung tidak diberi peluang oleh ibu bapanya memegang stering. Terima kasih Kak Nora dan suami.

3 ulasan:

umi alya berkata...

Tahniah Ili

Knor berkata...

Tahniah..

tklh pening...lgi..tk lulus kena topup lgikn...tumpang happy juga..mcm tulh rasa bila adibah pun lulus mmndu..msa tggu result ..spm..lega

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tahniah Ila!!. Pasni boleh la mintak ayah belikan keta. Huhu..