MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 8 Mac 2014

CUTI PERISTIWA DAN HURAIANNYA


(i) Merujuk peraturan-peraturan pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "Cuti Peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

     1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
     2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

(ii) Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (Aidil Adha dan lain-lain), dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa. Seperti takrifan "Cuti Peristiwa", ia ialah hari dimana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

1 ulasan:

MystoryPic berkata...

sangat berbeza sistem persekolahan dulu ngan sekarang.... zaman saya sekolah dulu-dulu tahun 80an-90an tak pernah ada istilah cuti peristiwa. Cuti raya puasa pun 2 hari jer. Zaman sekarang sekolah mewah dengan cuti