MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 21 Mac 2014

UCAPAN TERIMA KASIH


Assalamualaikum semua. Entri ini ditulis istimewa untuk guru-guru SMK Datuk Sulaiman, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan atas pencapaian anak kami Ili Nabilah, dalam SPM 2013. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala budi, bakti dan pengorbanan kalian sepanjang anak kami bersekolah di sana. Terima kasih ............

EMPAT orang pelajar SMK DATUK SULAIMAN yang memperoleh 10A ialah, anakandaku Ili, Farah Diana Bt Mohd Hassan (Parit Abd Hadi), Zarith Sofea Bt Mohd Taib (Tmn Putera Indah) dan Amera Sofea Bt Johar (Pt Puasa).

Manakala pelajar yang memperoleh 9A ialah Ng Jia Yang (Kangkar Senangar), Khairul Hariz Bin Ismail (Tmn Seri Sulong), Shahnaz Ad-Din Naquib Bin Suhaimi (Pekan Parit Sulong), dan Nur Farah Faezah Bt Abdul Rahman (Jln Simpang Lima).


Saya amat kagumi dedikasi guru-guru yang telah mengorbankan masa rehat mereka, umpamanya pada cuti umum, cuti hunjung minggu, guru-guru mengadakan kelas tambahan percuma di rumah dan di sekolah. Selain itu yang paling rasa terharu ada guru yang sepatutnya bersama-sama keluarga, kerana hari itu hari lahir beliau, namun beliau itu tetap datang ke sekolah (yang kebetulan hari itu juga hari cuti ) untuk membimbing pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu itu.

Dengan kejayaan ini, terubat sudah kekecewaan pelajar-pelajar ini dimana mereka telah gagal untuk ke sekolah berasrama penuh ketika masuk ke tingkatan satu dan tingkatan tiga dulu. Ada pula yang ditawarkan ke sekolah berprestasi tinggi, namun kerana masalah kewangan ibu bapa, terpaksa menolaknya ketika itu. 

Syukur Kepada Allah SWT, atas kejayaan ini. Halangan, rintangan dan cucuran air mata telah sirna, apabila  telah berdiri di pentas ini. Namun, perjuangan ini masih panjang dan berliku-liku. Buat yang tidak berjaya dan mencapai impian itu, percayalah garisan penamat yang sebenar masih jauh lagi. Tebuslah kegagalan itu mulai hari ini jua.....jumpa lagi. 

6 ulasan:

Knor berkata...

tahniah, 10A Ye cikgu..

tumpang bangga

Mat Som berkata...

Ya,....Alhamdulillah K.Nor
Berkat doa kawan2, sdra mara
Tkasih semua

umi alya berkata...

Alhamdulillah, tahniah buat Ili..

Wak Gelas berkata...

tahniah cikgu kang matsom tuu., gudjobb

Mat Som berkata...

Tkasih Umi Alya, Tkasih Wak Gelas
Tkasih

Knor berkata...

saja je dtg sini sekali lagi...smlm pndek aje n3 cikgu...ni baru lgkap...

tahniah pd ibunya dan ayahnya..tahniah sekali lgi pd ili,mesti cigu suami isteri gembira dgn kecemerlangan anakkan...

lps ni cikgu akan berpisah dgn anak plk...sorang dh lpskan..ni sorang lgi...

bgitulah rencahnya...